Mencari sarapan pagi yang sedap di Melaka. Warung ini boleh ditemui dalam perjalanan menuju ke Alor Gajah. Tepi jalan sahaja. Mudah parking. Ada parking di sebelah dalam dan luar.
Pantas dan cekap pekerja di sini. Duduk saha sudah ada yang datang ambil pesanan 🙂. Antara menu-menu yang disebut ialah nasi lemak, bihun goreng,mi kari, bihun sup, roti arab dan lontong.
'Pekena' roti arab dan kari kambing. Terangkat! Cenggini👍. Daging lembut dan kari sedap. Roti arab lembut dan panas. Jika tidak makan kari kambing, boleh ambil kari ayam.
Inilah yang saya idamkan. Lontong! Serius sedap 🥰 kuah pekat,isi banyak,nasi himpit lembut, sambal tak berapa pedas. Aduh!Terliur lagi ni 🤤.
Nasi lemak,telur mata cair,bihun dan ayam goreng lembut. Melting!😋 Nasi lembut dan lemak, sambal secukup rasa.
Ini warungnya. Sebelum balik tapau tauhu sumbat. Kedai Baha Cucur Udang belum buka semasa kami sampai. Beli sos pun jadilahhhhh..😅 Buka sos cili Baha dan makan bersama-sama tauhu. Perfect!Aha...😁 Saya akan singgah lagi insyaAllah.
No comments:
Post a Comment