Saturday, September 14, 2019

Sarapan pagi di Melaka (Nasi Lemak Lereh & Asam Pedas Kabin)

Cuba tempat yang tak pernah pergi 😁. Jom kita tengok menu-menu yang dah dimakan. Sarapan salad sayur sahaja di hotel. 😀Sebab memang niat nak makan tempat lain. 

Nasi Lemak Lereh, Tg. Kling.




Haaa..meriah kan. Nasi lemak berlauk segala 😅. Kongsi makan. Ini.memang style saya dan suami. Sepinggan kongsi dua. Lauk yang kami cuba ialah ayam goreng, bergedil,telur dadar,puyuh goreng dan sambal sotong.
Apa yang saya lihat, nasi lemak di Melaka ada cara yang tersendiri. Jenis berbutir-butir nasinya. Agak beza dengan nasi lemak yang biasa saya makan. Apa pun memang sedap. Hehe.
Ayam goreng panas dan puyuh goreng panas dengan sambal orang Melaka. Memang ummpphhh 👍🥰. Tak pedas. Lepar pisang yang penuh pisang serta bergedil ayam pun sedap.




Untuk makan tengah hari, saya tapau di Asam Pedas Kabin, Klebang. Konsep kedai ini ada gerai-gerai di dalamnya. Saya tapau cucur peniram(RM3.00), set nasi +asam pedas tetel, set nasi + asam pedas tenggiri (RM19.00/2 bungkus) dan lontong (RM3.50).

Semuanya dari gerai-gerai berlainan. Kita cerota mengenai rasa. 
Cucur peniram - banyak dan rangup. Makan semasa panas sedap semasa sejuk pun sedap.
Asam pedas - kuahnya pekat dan sedap. Daging lembut 👍
Lontong - Sedap. Satu kelebihannya saya dapat makan yang fresh dimasak kerana yang awal seperiuk sudah habis. Saya menunggu turn kedua. Sambal tumis pekat, tak terlalu pedas, nasi himpit lembut dan kuah sesedap rasa. Terbaik. Kedai ini juga ada menjual nasi lemak dengan pelbagai lauk.

Asam Pedas Kabin ini memang tempat makan yang selesa dengan  parking dan juga pilihan makan untuk sarapan dan tengah hari yang banyak
Banyak lagi tempat-tempat yang sedap boleh dimakam. Next time insyaAllah.

No comments:

Post a Comment