Selesa menggunakan perkhidmatan Grabfood. Ada kalanya rajin nak ke kedai makan. Adakalanya pesan lebih mudah 😁. Sesuai dengan occasion hari ini, kami pesan Chicken and mushroom spaghetti, black forest cake dan air double choc. Style di Melaka ini memang ada tulis-tulis atas kotak kot. Siap dengan smiley 🙂. Saya tersenyum bila baca.
☝️ order dari Coffee Bean &Tea Leaf yang dihantar oleh Grabfood
Ayam siram sambal
Jamuan kami malam ini 🍰🎂😀
Order dari Asam Pedas Rachun yang dihantar oleh Food Panda. Bekas banyak-banyak tu di dalamnya ada nasi,asam pedas kepala ikan dan ayam siram sambal.
Asam pedas rasanya sedap, kuah antara pekat dan tidak, secukup rasa dan kepala ikan fresh.
Ayam siram sambal. Saya difahamkan ayam diperap dengan ramuan khas, dimasak asing dan disiramkan dengan kuah seperti sambal dan gulai lemak cili padi. Ayam lembut dan tak pedas walaupun masakannya sambal dan nampak pedas 😀. Kesimpulannya memang sedaplah 🙂.
No comments:
Post a Comment