Tuesday, September 3, 2019

Harley's, Cyberjaya

Suami ada kerja di Cyberjaya. Jadi makan malam hari ini di'tapau' oleh suami di Harley's.

Harley's Burgers and Roasters. Sebelum mula makan boleh baca 'piagam pelanggan' pada tisu 😀👍. Antaranya mereka menggunakan daging halal Australia yang tiada pengawet.



Ayam goreng Harley's ni sedap 👍😀. Walaupun sudah sejuk,kerangupannya masih berbunyi 'kruk-krak'. Rasanya 'ringan'. Tidak masin. Harganya lebih kurang RM10.00 untuk 2 ketul. 




Ini signature burger Harley's. Namanya 2x2. Setiap lapisan daging boleh ditambah. 3x3,4x4,5x5 dan ada juga 6x6 😱. Rasanya lembut, dagingnya segar dan sayur-sayuran yang banyak. Puas hati!

Asalnya saya pesan cheese burger sahaja. Suami kata cubalah makan burger 2x2. Ternyata tidak mengecewakan 🥰. Ada rezeki nanti nak pergi sendiri pula ke sana. Dengar cerita banyak lagi menu yang sedap-sedap 😉.

Update :
Manggo Coconut Cake (RM12.00)

Potato salad 😀


Sekali lagi ke Harley's 🥰. Cuba kek Mango Coconut. Sedap juga. Cuma kalau tahap kemanisannya dikurangkan rasanya akan lebih sedap di lidah saya. Hehe.
Makan combo Crispy Chicken 2 pcs + potato salad +ice lemon tea. Harganya RM17.00 😀.

No comments:

Post a Comment