Sunday, September 8, 2019

Grand Kampar Hotel, Kampar, Perak

Lama tak makan di sini. Walaupun mungkin chefnya telah bertukar-tukar tapi rasanya tetap sedap 😀.

Hotel ini terletak di tengah-tengah Bandar Baru Kampar. Harganya berpatutan dan rasanya lebih murah berbanding masa saya makan zaman dulu.

Makan dinsini menggamit kenangan lama. Selalu makan di sini dengan arwah abah. Abah saya orang yang suka makan makanan yang sedap. Jadi, kami sentiasa cuba makanan di pelbagai tempat. Jika sedap, kami akan datang lagi 🙂.

Berikut makanan yang dipesan. Antara semua makanan...apple crumble ini sangatlah sedap. Kek dimakan panas digandingkan dengan aiskrim vanilla. Aduh!saya terpikat dengan gandingan rasa dan tekstur makanan ini 🥰.
 Apple Crumble with ice cream


Mushroom soup with garlic bread

 Mi goreng mamak




Set hi tea (Nasi goreng Pattaya+fried chicken+tomyum soup+kerabu maggie+ice syrup) berharga RM15.90. 
Sangat murahkan 😁

Makanan sedap dan harga berpatutan. Saya siap bungkus bawa balik grilled chicken chop. Selamat mencuba bagi yang belum cuba 😁👍.

No comments:

Post a Comment