Tuesday, September 17, 2019

Restoran Udang Galah, Teluk Intan

Restoran ini dah lama ada di Teluk Intan. Cuma kami jarang pergi ke kawasan bandar. Orang ramai waktu cuti πŸ˜€. Jadi ambil kesempatan untuk pergi ke sini hari ini.

Pada asalnya hanya ambil cucur dengan kuah kacang,nasi, kerabu tauge pucuk paku,gulai lemak pucuk pisang,ikan cencaru sumbat belakang,ikan patin tempoyak dan ikan goreng serta sambal belacan. 

Tapi sedikit demi sedikit lauk-pauk yang lain mula keluar. Kami ambil lala goreng cili, udang galah petai (manis sedikit sambalnya). Memang sedappppp. 

Tapau pula ikan kayu masak taucu, ayam masak lemak dan sambal goreng jawa πŸ₯° untuk famili yang di rumah.





Dah separuh jalan makan baru teringat nak ambil gambar. Alhamdulillah. Sedap sangat. Kedai ini buka pagi sehingga petang sahaja.  Murah sangat. Bayangkan semuanya berharga RM68.00. Punyalah banyak lauk. Lauk tengah hari memang penuh berjenis-jenis. Rambang mata πŸ˜‹πŸ˜‹Lain kali pula singgah cuba lauk yang lain. Hehe πŸ‘⭐⭐⭐⭐⭐ untuk kedai ini.

Update: Ini second round pergi makan. 




Cubalah rasa. Lain orang lain tekaknya. Tepuk dada, ikut selera. Hehe. Saya pasti akan ulang lagi ke sini insyaAllah.


Monday, September 16, 2019

Warung AMJ, Melaka

Mencari sarapan pagi yang sedap di Melaka. Warung ini boleh ditemui dalam perjalanan menuju ke Alor Gajah. Tepi jalan sahaja. Mudah parking. Ada parking di sebelah dalam dan luar.
Pantas dan cekap pekerja di sini. Duduk saha sudah ada yang datang ambil pesanan πŸ™‚. Antara menu-menu yang disebut ialah nasi lemak, bihun goreng,mi kari, bihun sup, roti arab dan lontong.
 'Pekena' roti arab dan kari kambing. Terangkat! CengginiπŸ‘. Daging lembut dan kari sedap. Roti arab lembut dan panas. Jika tidak makan kari kambing, boleh ambil kari ayam.

Inilah yang saya idamkan. Lontong! Serius sedap πŸ₯° kuah pekat,isi banyak,nasi himpit lembut, sambal tak berapa pedas. Aduh!Terliur lagi ni 🀀.

Nasi lemak,telur mata cair,bihun dan ayam goreng lembut. Melting!πŸ˜‹ Nasi lembut dan lemak, sambal secukup rasa.

Ini warungnya. Sebelum balik tapau tauhu sumbat. Kedai Baha Cucur Udang belum buka semasa kami sampai. Beli sos pun jadilahhhhh..πŸ˜… Buka sos cili Baha dan makan bersama-sama tauhu. Perfect!Aha...😁 Saya akan singgah lagi insyaAllah. 

Sunday, September 15, 2019

Asam Pedas Rachun & Coffee Bean Tea Leaf

Selesa menggunakan perkhidmatan Grabfood.  Ada kalanya rajin nak ke kedai makan. Adakalanya pesan lebih mudah 😁. Sesuai dengan occasion hari ini, kami pesan Chicken and mushroom spaghetti, black forest cake dan air double choc. Style di Melaka ini memang ada tulis-tulis atas kotak kot. Siap dengan smiley πŸ™‚. Saya tersenyum bila baca.






☝️ order dari Coffee Bean &Tea Leaf yang dihantar oleh Grabfood

Ayam siram sambal

Jamuan kami malam ini πŸ°πŸŽ‚πŸ˜€

Order dari Asam Pedas Rachun yang dihantar oleh Food Panda. Bekas banyak-banyak tu di dalamnya ada nasi,asam pedas kepala ikan dan ayam siram sambal.

Asam pedas rasanya sedap, kuah antara pekat dan tidak, secukup rasa dan kepala ikan fresh. 
Ayam siram sambal. Saya difahamkan ayam diperap dengan ramuan khas, dimasak asing dan disiramkan dengan kuah seperti sambal dan gulai lemak cili padi. Ayam lembut dan tak pedas walaupun masakannya sambal dan nampak pedas πŸ˜€. Kesimpulannya memang sedaplah πŸ™‚.

Saturday, September 14, 2019

Sarapan pagi di Melaka (Nasi Lemak Lereh & Asam Pedas Kabin)

Cuba tempat yang tak pernah pergi 😁. Jom kita tengok menu-menu yang dah dimakan. Sarapan salad sayur sahaja di hotel. πŸ˜€Sebab memang niat nak makan tempat lain. 

Nasi Lemak Lereh, Tg. Kling.




Haaa..meriah kan. Nasi lemak berlauk segala πŸ˜…. Kongsi makan. Ini.memang style saya dan suami. Sepinggan kongsi dua. Lauk yang kami cuba ialah ayam goreng, bergedil,telur dadar,puyuh goreng dan sambal sotong.
Apa yang saya lihat, nasi lemak di Melaka ada cara yang tersendiri. Jenis berbutir-butir nasinya. Agak beza dengan nasi lemak yang biasa saya makan. Apa pun memang sedap. Hehe.
Ayam goreng panas dan puyuh goreng panas dengan sambal orang Melaka. Memang ummpphhh πŸ‘πŸ₯°. Tak pedas. Lepar pisang yang penuh pisang serta bergedil ayam pun sedap.




Untuk makan tengah hari, saya tapau di Asam Pedas Kabin, Klebang. Konsep kedai ini ada gerai-gerai di dalamnya. Saya tapau cucur peniram(RM3.00), set nasi +asam pedas tetel, set nasi + asam pedas tenggiri (RM19.00/2 bungkus) dan lontong (RM3.50).

Semuanya dari gerai-gerai berlainan. Kita cerota mengenai rasa. 
Cucur peniram - banyak dan rangup. Makan semasa panas sedap semasa sejuk pun sedap.
Asam pedas - kuahnya pekat dan sedap. Daging lembut πŸ‘
Lontong - Sedap. Satu kelebihannya saya dapat makan yang fresh dimasak kerana yang awal seperiuk sudah habis. Saya menunggu turn kedua. Sambal tumis pekat, tak terlalu pedas, nasi himpit lembut dan kuah sesedap rasa. Terbaik. Kedai ini juga ada menjual nasi lemak dengan pelbagai lauk.

Asam Pedas Kabin ini memang tempat makan yang selesa dengan  parking dan juga pilihan makan untuk sarapan dan tengah hari yang banyak
Banyak lagi tempat-tempat yang sedap boleh dimakam. Next time insyaAllah.

Wednesday, September 11, 2019

Tim's Terrace Teapot, Taman Melawati

Gara-gara Kek Medovic, sampai ke sini kami mencari. Ini tempat terdekat selain Cyberjaya dan Bandar Kinrara untuk menikmati kek Medovic 😁.


 Teh pilihan suami saya, Swedish Berry Tea πŸ˜… tak tepat rasanya. Lupa nama betul teh ni. Rasa macam sama dengan teh di Tea Leaf& Coffee Bean.

 Kek coklat Daim

 Burnt Cheese Cake

 Mac n cheese. Sedap. Ada nachos dan salad.


Chicken meatball.
Nampak yang 'ring' tu? Itu kentang putar. Serius sedap chicken ball tu home made. Terasa daging ayam dan rempah. Ditabur dengan badam dan buah delima.

Sedikit deco yang sempat diambil gambar. Jika datang ke sini ramai-ramai lagi seronok berposing dengan deco yang cantik dan makanan yang sedap. 

Sempat tapau tadi mille crepe rainbow dan cream brulle 😝πŸ₯°. Sorry to say, i can't resist with cakes 🀀🀀. It's all about cake πŸŽ‚πŸ°πŸ§.


Sunday, September 8, 2019

Grand Kampar Hotel, Kampar, Perak

Lama tak makan di sini. Walaupun mungkin chefnya telah bertukar-tukar tapi rasanya tetap sedap πŸ˜€.

Hotel ini terletak di tengah-tengah Bandar Baru Kampar. Harganya berpatutan dan rasanya lebih murah berbanding masa saya makan zaman dulu.

Makan dinsini menggamit kenangan lama. Selalu makan di sini dengan arwah abah. Abah saya orang yang suka makan makanan yang sedap. Jadi, kami sentiasa cuba makanan di pelbagai tempat. Jika sedap, kami akan datang lagi πŸ™‚.

Berikut makanan yang dipesan. Antara semua makanan...apple crumble ini sangatlah sedap. Kek dimakan panas digandingkan dengan aiskrim vanilla. Aduh!saya terpikat dengan gandingan rasa dan tekstur makanan ini πŸ₯°.
 Apple Crumble with ice cream


Mushroom soup with garlic bread

 Mi goreng mamak




Set hi tea (Nasi goreng Pattaya+fried chicken+tomyum soup+kerabu maggie+ice syrup) berharga RM15.90. 
Sangat murahkan 😁

Makanan sedap dan harga berpatutan. Saya siap bungkus bawa balik grilled chicken chop. Selamat mencuba bagi yang belum cuba πŸ˜πŸ‘.

Friday, September 6, 2019

Pie Face, Cyberjaya

Cyberjaya. Again??? πŸ˜±πŸ˜‰.

Buat makan kudap-kudap. Macam-macam jenis pastri,donut dan pai.
Kedudukan kedai ini mudah sahaja. Di dalam Petronas di Cyberjaya.



Saya makan kaya roll,pai daging dan pai ayam lada hitam. Sedap makan pai dengan 'muka pelbagai' 🀀.

Makang, Cyberjaya

Pening nak cari sarapan? Boleh cuba di sini πŸ‘πŸ˜€. Ringkas nama kedainya. MAKANG. Masakan Terengganu. Ada nasi dagang ikang aye dan lauk lain seperti ayam dan ada juga nasi lemak.


Nak juga tangkap gambar walaupun dah makan setengah bungkus 🀀. Serius sedap 😘 For sure saya akan pergi lagi ke sini. Hilang rindu pada makanan auntetik Terengganu. Sebiji rasa makanan di negeri Terengganu.

Tuesday, September 3, 2019

Harley's, Cyberjaya

Suami ada kerja di Cyberjaya. Jadi makan malam hari ini di'tapau' oleh suami di Harley's.

Harley's Burgers and Roasters. Sebelum mula makan boleh baca 'piagam pelanggan' pada tisu πŸ˜€πŸ‘. Antaranya mereka menggunakan daging halal Australia yang tiada pengawet.



Ayam goreng Harley's ni sedap πŸ‘πŸ˜€. Walaupun sudah sejuk,kerangupannya masih berbunyi 'kruk-krak'. Rasanya 'ringan'. Tidak masin. Harganya lebih kurang RM10.00 untuk 2 ketul. 




Ini signature burger Harley's. Namanya 2x2. Setiap lapisan daging boleh ditambah. 3x3,4x4,5x5 dan ada juga 6x6 😱. Rasanya lembut, dagingnya segar dan sayur-sayuran yang banyak. Puas hati!

Asalnya saya pesan cheese burger sahaja. Suami kata cubalah makan burger 2x2. Ternyata tidak mengecewakan πŸ₯°. Ada rezeki nanti nak pergi sendiri pula ke sana. Dengar cerita banyak lagi menu yang sedap-sedap πŸ˜‰.

Update :
Manggo Coconut Cake (RM12.00)

Potato salad πŸ˜€


Sekali lagi ke Harley's πŸ₯°. Cuba kek Mango Coconut. Sedap juga. Cuma kalau tahap kemanisannya dikurangkan rasanya akan lebih sedap di lidah saya. Hehe.
Makan combo Crispy Chicken 2 pcs + potato salad +ice lemon tea. Harganya RM17.00 πŸ˜€.