Saturday, February 5, 2022

Warung Lontong Darat,Kluang

Dalam kepala nak makan lontong darat. Suami memang suka sangat lontong darat. Masa order di kaunter, boleh pula saya order lontong goreng 😅 mujurlah pekerja restoran tersebut membalas dengan lembut,

"Kami tak ada lontong goreng, kami ada lontong darat sahaja."

Aduh! Excited punya pasal, sampai tersalah order. Hehe.

Restoran ini besar dan luas. Selesa. Parking pun banyak. Selain lontong darat, ada juga menu yang lain seperti bihun goreng, nasi goreng,bakso,ubi rebus, kuih-muih dan lain-lain. Ini antara makanan yang saya ambil :


Tauhu goreng dan tempe goreng. Sedapppp...makan panas-panas dengan sambal kicap 🤗


Nasi goreng dan bihun goreng letak sambal


Haa...ini dia lontong darat menjadi dambaan hati. Ada nasi impit, sambal ayam,sambal goreng,paru,sambal kelapa dan kuah kacang. Seriusss sedap. Terbayang-bayang lagi di ingatan 😇

Ada rezeki boleh repeat lagi. Recommend!!


No comments:

Post a Comment