Saturday, February 5, 2022

Nasi Dagang Warisan Kak Ju, Mersing

 "Jom pergi Mersing." Ajak suami saya. Ada masa sedikit lagi sebelum pulang ke rumah. Dari Kluang kami lajak ke Mersing. Lebih kurang 1 jam 20 minit perjalanan.

Pucuk dicita ulam mendatang. Sampai dalam jam 2.30 petang. Kami pilih kedai ini untuk makan tengah hari. Kedai ini berhadapan dengan laut. Sambil makan, sambil memandang laut.


Nasi lemak ikan tongkol


Nasi dagang ikan tongkol

Nasi minyak ayam merah

Disambut oleh pekerja kedai dengan senyuman. Layanan yang baik membuatkan kami rasa gembira. Di sini ada juga nasi kerabu(kami tak cuba). Kami dah kenyang makan ketiga-tiga jenis nasi ini. Ditambah dengan ais kosong dan nescafe ais ditemani angin kencang bertiup dari arah laut, musim monsoon hampir berakhir menurut perbualan kami dan pekerja di kedai.

Harga sangat murah, kesemuanya berharga RM16.00 sahaja. Puas hati! Semuanya sedappp alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment