Kali ini, saya pergi trip sekali lagi. Pilihan sarapan kali ini di salah satu restoran yang digemari di Kluang iaitu Kluang Rail Coffee. Terletak di bandar Kluang. Ada beberapa cawangan dan ada juga yang kedai asal. Saya pergi ke cawangan Jalan Duku.
Pandangan hadapan di restoran. Boleh tangkap gambar.
Pesan kopi ais dan bun bakar. Makan panas-panas memang sedap. Di tengah-tengah bun ada butter dan kaya. Ada beberapa pilihan lagi seperti roti panjang atau bun wholemeal.
Ini Mee Siam a.k.a Bihun goreng. Pesan yang siap dengan telur. Jika nak add on lauk pun boleh. Saya tambah sambal sotong. Sedap sotongnya. Lembut. Yang pastinya saya tak rasa gatal muka bila makan sotong ini. Suami pula tambah rendang ayam untuk makan dengan lontong (tak sempat tangkap gambar.Hehe)
Kami pesan lontong. Rasanya light dan sedap. Secukup rasa. Harganya pun 4.50. Murahkan?
Laksa Johor. Tapau bawa ke hotel untuk minum petang. Sedap. No wonder ramai recommend.
Kedai ini buka awal pagi. Sebelum pulang ke destinasi asal, sempat pekena kopi ais dan roti bakar sekali lagi untuk minum petang. Tempat ini memang tempat yang selesa dan mudah jika datang seisi keluarga kerana ada pelbagai menu dari menu ringan hingga yang berat. Paling best! Kopinyaaa…must try,
No comments:
Post a Comment