Cuma mudahnya di sini, tak perlu bangun untuk order, akan ada waiter yang bawa dulang yang dipenuhi hidangan dim sum.
Mereka akan bertanya apa yang kita mahu di samping memberi penerangan seba sedikit dimsum yang dibawa.
Sebahagian dimsum yang kami makan
Fried radish cake kegemaran ramai. Sedap dan tak pedas.
Yam croquette favourite saya. Yang ini kena cepat pesan. Selalu habis awal.
Chee cheong fun. Ada udang dan ada ayam. Pilih ikut selera dan citarasa.
Overall saya suka dimsum di sini sebab rasanya fresh. Di luar ada kawasan untuk ambil gambar. Kalau sampai dah ramai oramg bolehlah bergambar dahulu sementara tunggu giliran masuk.
Restoran ini kategori 'must try' bagi peminat dimsum!Selamat menjamu selera.
No comments:
Post a Comment