Hobi suami yang suka memandu membawa kami ke sini. Saya kenal tempat ini kerana 5 tahu berulang alik Bagan Datoh-Kuala Lumpur. Selalu singgah dengan sahabat merangkap housemate saya. Housemate siap bawa sambal kicap sendiri untuk extra kick 😁.
Menu pilihan hari ini soto special. Tambahan 2 bergedil dan tambahan nasi himpit. Gambar di atas diambil setelah 80% makan 😅. Keistimewaan di sini adalag taugenya yang ditanam sendiri. Sangat special 🥰.
Menu saranan saya untuk dicuba, soto special, jika tak biasa makan soto boleh order mi sup atau bihun sup atau bihun soto. Yang lain juga sedap di sini ialah pecal 👍👍👍 kuah kacang memang superb!! Nasi goreng ayam, nasi ayam penyet 🙋♀️🙋♀️ terliur pula tiba-tiba. Hehe 🤤.
Selamat mencuba!😋
No comments:
Post a Comment