Perut sudah lapar. Jalan jem. Nampak Kedai Kak Ngah dari tepi jalan. Terliur pula nak makan kueytiow laksa. Kalau diikutkan memang tak terbilang banyaknya makan di sini. Kegemaran kakak saya juga kedai ini. Sejak zaman sekolah menengahnya sehingga kini. Saya share di sini. Antara menu yang ada di kedai ini ialah Laksa,Kueytiow Laksa,Mi Kari, Mi Sup, Mi Wantan, Mi Kicap 👍.
Hari ini saya makan Kueytiow Laksa. Sedap. Kueytiow halus dengan kuah laksa + bahan (yong taufu). Dihidangkan bersama sambal,petis (otak udang), cabai jeruk dan sambal kicap. Pendek kata lengkaplah setnya. Nak pedas letak sambal atau jeruk cabai, nak manis tambah petis dan nak masin tambah sambal kicap.
Untuk suami, saya tapau mi wantan kicap dan nescafe ais.Tidak menghampakan. Sesedap rasa 🥰.
Oh! Tempatnya mudah sahaja untuk dicari. Di pekan Tapah. Bersebelahan stesen bas. Sebaris dengan kedai ini ada kedai yang jual nasi goreng ikan rebus. Ada juga gerai menjual goreng pisang panas dan cempedak panas. Bolehlah mencuba ⚘❤😀
.
No comments:
Post a Comment