Thursday, August 15, 2019

Plat Du Jour (PDJ), Cyberjaya

Nak makan western food yang sedap? Boleh cuba sini. Plat Du Jour ❤👍. Cara sebutan boleh rujuk google translate 😀. Dicadangkan oleh seorang sahabat untuk ke sini. Memang tidak menghampakan 😀. Sangat sedap.

Saya masuk dalam keadaan kalut-kalut sebab excited 😀 (jangan kecam ye). Bayangkan, masuk sahaja ke restoran ada ruangan seperti buffet. Antara menunya Grilled Chicken + 2 side dishes, Fish with pumpkin (pumpkin tu seperti kentang putar) dan lamb grilled + 2 side dishes. Antara menu side dishes adalah wintermelon(labu air),fries,grilled carrot and sweet potates,kacang panjang (masak seperti labu air dalam gambar). Rambang mata nak pilih. Semua nampak sedap dan menyelerakan.


Saya ambil Grilled BBQ Chicken. Side dish saya pilih fries dan wintermelon. Serius memang sedap. Fries rasa lemak-lemak butter.Sos bbqnya dan ayam dipanggang elok. Labu air juga tidak terlalu keras tidak terlalu lembut. Just nice!👍🥰



Kami order 2 jenis kek,yang di atas bernama Medovik dan di bawah Red Velvet Cheese Cake. Medovik kandungannya madu dan digestive biscuit dan red velvet pun sedap. Kedua-duanya tidak terlalu manis. Must try!!🙋‍♀️.




Specialty di sini kopinya dari tahun 1882. Banyak pilihan kopi dan ada juga air coklat dan matcha. Setiap satu berharga RM5. Kami minum latte ☕. Serius sedap. Siapa yang suka dos tinggi boleh ambil double shot ☕☕. Air kosong free flow 😀.

Harga berpatutan dengan portion yang bersesuaian dan kesedapan yang sangat terbaik. Baik, next time saya pasti datang untuk cuba menu yang lain.


P/S : Hidangan ala buffet hanya waktu tengah hari. Petang dan malam order ikut buku menu 😉.



Alfredo Pasta yang dibungkus. Plat Du Jour siri lain. Hehe. Sedap, lemak, lembut. Dimakan panas-panas. Heaven! Alhamdulillah 😀👍.

No comments:

Post a Comment