Thursday, August 15, 2019

Cyber Beriyani House

Cyberjaya antara tempat yang menarik untuk makan. Mungkin destinasi berjalan tidak banyak, tetapi tempat makan memang sedap dan bervariasi.


Kali ini saya makan di Nasi Beriyani Cyber, Jalan Teknokrat 6, Cyber 5. Yang dipesan ialah Nasi Beriani Kambing. Tapi kambing dah habis. Tukar kepada Nasi Beriyani Ayam. Kami order ayam merah dan ayam beriani. Not bad! Memang sedap. Rasanya 'ringan' dan secukup rasa. Saya yang beberapa lama dah kurang selera boleh makan lebih banyak dari biasa 👍😀.

 Nasi Ayam Beriyani

Ayam merah


Harganya sangat berpatutan. Saya boleh katakan kategori murah berbanding dengan portionnya dan kualitinya. 
InsyaAllah, next time nak cuba Nasi Beriyani Kambing pula 😀.

No comments:

Post a Comment