Thursday, August 22, 2019

Kantin@Setor, Gombak

Kantin?? Ya. Konsep kantin ini memang wujud di Gombak 😁. Bayangkan kita duduk di kerusi dan meja kayu. Sambil otak memikirkan menu yang mahu dibeli. Oleh sebab namanya kantin, dalam kepala mahu beli satu air, satu makanan ringan dan satu makanan berat πŸ₯°.




Kami cuba coconut shake besarrrr. Harga RM9. Memang terbaik!πŸ‘ secukup rasa. Lemak,manis dihiasi dengan chocholate rice war-warni. Tahap besar bekas memang puas hati. Bing Su Eat. Boleh cuba. Banyak lagi menu air. Ada lai chee kang Ipoh dan air-air lain.

Ini kudap-kudapan kami.  Crazy Cheezy nama kedainya. Ayam goreng partner dengan wedges, letak cheese dan sedikit paprika (yang suka pedas). Tersangatlah sedap. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹



Baik....yang ditunggu-tunggu.Special Chicken Chop by Mom's Grill House. Sebenarnya nak makan mushroom soup sahaja. Tapi terjebak pula dengan menu yang ini. Harga RM20 dengan postion yang banyak dan specialnya di bawah kuah tersebut tersembunyi mozarella cheese yang mewah. Chef di kedai ini akan panggil pelanggan dan akan bakar mozarella cheese tu sehingga sedikit cair dengan menggunakan 'burner' di hadapan pelanggan. Nganga wei!! Kagum πŸ‘πŸ˜. Rasa pun sedap dan berbaloi. Mushroom soup rasa light dan secukup rasa. Mesti cuba. Hehe.

Haaa..itu dia burner yang digunakan. Ambil gambar dari insta mereka.
Balik saya tapau Nasi 3 Budak Gemok. Favourite saya dan suami, ayam kicap,sambal power dan telur dadar. Meleleh ayaq lioq!πŸ˜‹πŸ˜‹.

Ada banyak lagi kedai-kedai yang boleh dicuba. Gilir-gilir lah ye.

Friday, August 16, 2019

Soto Pasir Penambang, Kuala Selangor

Hobi suami yang suka memandu membawa kami ke sini. Saya kenal tempat ini kerana 5 tahu berulang alik Bagan Datoh-Kuala Lumpur. Selalu singgah dengan sahabat merangkap housemate saya. Housemate siap bawa sambal kicap sendiri untuk extra kick 😁.


Menu pilihan  hari ini soto special. Tambahan 2 bergedil dan tambahan nasi himpit. Gambar di atas diambil setelah 80% makan πŸ˜…. Keistimewaan di sini adalag taugenya yang ditanam sendiri. Sangat special πŸ₯°.

Menu saranan saya untuk dicuba, soto special, jika tak biasa makan soto boleh order mi sup atau bihun sup atau bihun soto. Yang lain juga sedap di sini ialah pecal πŸ‘πŸ‘πŸ‘ kuah kacang memang superb!! Nasi goreng ayam, nasi ayam penyet πŸ™‹‍♀️πŸ™‹‍♀️ terliur pula tiba-tiba. Hehe 🀀.

Selamat mencuba!πŸ˜‹

Thursday, August 15, 2019

Plat Du Jour (PDJ), Cyberjaya

Nak makan western food yang sedap? Boleh cuba sini. Plat Du Jour ❤πŸ‘. Cara sebutan boleh rujuk google translate πŸ˜€. Dicadangkan oleh seorang sahabat untuk ke sini. Memang tidak menghampakan πŸ˜€. Sangat sedap.

Saya masuk dalam keadaan kalut-kalut sebab excited πŸ˜€ (jangan kecam ye). Bayangkan, masuk sahaja ke restoran ada ruangan seperti buffet. Antara menunya Grilled Chicken + 2 side dishes, Fish with pumpkin (pumpkin tu seperti kentang putar) dan lamb grilled + 2 side dishes. Antara menu side dishes adalah wintermelon(labu air),fries,grilled carrot and sweet potates,kacang panjang (masak seperti labu air dalam gambar). Rambang mata nak pilih. Semua nampak sedap dan menyelerakan.


Saya ambil Grilled BBQ Chicken. Side dish saya pilih fries dan wintermelon. Serius memang sedap. Fries rasa lemak-lemak butter.Sos bbqnya dan ayam dipanggang elok. Labu air juga tidak terlalu keras tidak terlalu lembut. Just nice!πŸ‘πŸ₯°



Kami order 2 jenis kek,yang di atas bernama Medovik dan di bawah Red Velvet Cheese Cake. Medovik kandungannya madu dan digestive biscuit dan red velvet pun sedap. Kedua-duanya tidak terlalu manis. Must try!!πŸ™‹‍♀️.




Specialty di sini kopinya dari tahun 1882. Banyak pilihan kopi dan ada juga air coklat dan matcha. Setiap satu berharga RM5. Kami minum latte ☕. Serius sedap. Siapa yang suka dos tinggi boleh ambil double shot ☕☕. Air kosong free flow πŸ˜€.

Harga berpatutan dengan portion yang bersesuaian dan kesedapan yang sangat terbaik. Baik, next time saya pasti datang untuk cuba menu yang lain.


P/S : Hidangan ala buffet hanya waktu tengah hari. Petang dan malam order ikut buku menu πŸ˜‰.



Alfredo Pasta yang dibungkus. Plat Du Jour siri lain. Hehe. Sedap, lemak, lembut. Dimakan panas-panas. Heaven! Alhamdulillah πŸ˜€πŸ‘.

Cyber Beriyani House

Cyberjaya antara tempat yang menarik untuk makan. Mungkin destinasi berjalan tidak banyak, tetapi tempat makan memang sedap dan bervariasi.


Kali ini saya makan di Nasi Beriyani Cyber, Jalan Teknokrat 6, Cyber 5. Yang dipesan ialah Nasi Beriani Kambing. Tapi kambing dah habis. Tukar kepada Nasi Beriyani Ayam. Kami order ayam merah dan ayam beriani. Not bad! Memang sedap. Rasanya 'ringan' dan secukup rasa. Saya yang beberapa lama dah kurang selera boleh makan lebih banyak dari biasa πŸ‘πŸ˜€.

 Nasi Ayam Beriyani

Ayam merah


Harganya sangat berpatutan. Saya boleh katakan kategori murah berbanding dengan portionnya dan kualitinya. 
InsyaAllah, next time nak cuba Nasi Beriyani Kambing pula πŸ˜€.

Saturday, August 10, 2019

Kedai Kak Ngah Pak Abbas, Tapah


Perut sudah lapar. Jalan jem. Nampak Kedai Kak Ngah dari tepi jalan. Terliur pula nak makan kueytiow laksa. Kalau diikutkan memang tak terbilang banyaknya makan di sini. Kegemaran kakak saya juga kedai ini. Sejak zaman sekolah menengahnya sehingga kini. Saya share di sini. Antara menu yang ada di kedai ini ialah Laksa,Kueytiow Laksa,Mi Kari, Mi Sup, Mi Wantan, Mi Kicap πŸ‘. 

Hari ini saya makan Kueytiow Laksa. Sedap. Kueytiow halus dengan kuah laksa + bahan (yong taufu). Dihidangkan bersama sambal,petis (otak udang), cabai jeruk dan sambal kicap. Pendek kata lengkaplah setnya. Nak pedas letak sambal atau jeruk cabai, nak manis tambah petis dan nak masin tambah sambal kicap.



Untuk suami, saya tapau mi wantan kicap dan nescafe ais.Tidak menghampakan. Sesedap rasa πŸ₯°.



Oh! Tempatnya mudah sahaja untuk dicari. Di pekan Tapah. Bersebelahan stesen bas. Sebaris dengan kedai ini ada kedai yang jual nasi goreng ikan rebus. Ada juga gerai menjual goreng pisang panas dan cempedak panas. Bolehlah mencuba ⚘❤πŸ˜€
.

Saturday, August 3, 2019

Wadi Hana, Bangi

Atas sebab urusan kerja suami di Bangi, maka secara tidak langsung kami menjadi pelancong di Bangi πŸ˜€. Sebagaimana yang diketahui, Bangi merupakan antara tempat yang banyak restoran dan kedai makan yang sedap dan juga tempat membelah-belah yang menarik. Malam ini pilihan makanan kami adalah makanan barat. Pilihan restoran kami adalah Wadi Hana.

Makanan yang kami order ialah mushroom soup yang disertakan dengan roti. Kami tambah garlic bread. Mushroom memang sedap. Rasanya sangat segar(daripada warna dan rasanya). Garlic bread besar dan rangup.



Olio aglio seafood. Kami tukarkan rencah ayam. Yang menariknya, rencahnya dengan terung! Eh, sedap pula rasanya apabila ada terung. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Just nice!.


Kudap-kudap kami pilih onion ring. Rangup dan bawang segar. Ditambah dengan mayonis dan sos cili. Perfect!πŸ‘πŸ˜˜
 

Chicken chop. Sedap. Ayam dipanggang dan lembut. Jagung dibakar, sayur dikukus elok. Selalunya suami saya jarang makan jagung. Kali ini licinnnn...katanya sebab grill. Kalau kukus tak makan.


Fettucini Carbonara.
Kadang-kadang orang letak poach egg. Kadangkala orang pecahkan telur siap-siap. Kali ini diletakkan telur kuning di tengah-tengah.  Pecahkan telur sendiri! Kacau dan rasa blend dengan lemaknya. Cuma kurang garam πŸ˜…. 

Keseluruhan, kami berpuas hati dan memang sedap!πŸ₯°Presentation pun menarik. Boleh ulang lagi. Yeay!.