Thursday, September 24, 2015

Nasi ganja.... Ipoh

Ini kunjungan kali yang ke berapa ratus pun saya tak ingat. Saya mula makan di sini sejak zaman sekolah. Arwah abah bawa bila 'outing' bersama famili, kebetulan saya sekolah berasrama di Ipoh.


Ya! Original nasi ganja a.k.a vanggey. Orang panggil vanggey kerana dulu pekerjanya selalu melaungkan "Vanggey!Vanggey!" untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggan. Vanggey bermaksud Marilah.

Restoran ini terletak di Jalan Yang Kelsom. Restoran ini berkongsi dengan Kedai Kopi Yong Suan. Ini menu yang dipesan :


Nasi, kari,sambal,ayam merah,ulam timun dan sotong. Sudah separuh nasi dijamah barulah teringat nak ambil gambar. Hehe. Memang kosongkan perut dari rumah sebab tahu nak makan nasi. Banyak lagi pilihan lauk yang ada. Ada ikan, telur, udang dan lain-lain makhluk yang boleh dimakan.


Selepas makan nasi,basuh tangan telan roti goyang pula. Roti benggali sapu marjerin, dibakar, pecah telur separuh masak di atasnya. Syok!

Air barli ais kurang manis, teh ais. Licin!

Alhamdulillah, dah kenyang. Terus ke destinasi utama. Klinik Pakar E.N.T di Fair Park.



Skala 1-5
(1= Tidak memuaskan) (2= Kurang Memuaskan) (3= Boleh laa) (4= Baik) (5=Cemerlang)

Kesedapan makanan : 5

No comments:

Post a Comment