Kali ini kami cuba makan di satu tempat bernama Alissara yang terletak di Puchong Utama berhampiran Puchong Perdana. Selepas trip ke Hatyai saya telah mula mencintai makanan Thailand. Antara kehebatan makanan Thai adalah kehebatan rasa daun-daunan herbanya. Restoran ini diperkenalkan oleh seorang rakan.
Apabila menu sampai, berbelit-belit lidah mahu menyebut setiap makanan yang ditulis dalam bahasa Thai. Mujurlah layanan kelas pertama dari pelayan kedai memudahkan urusan pesan-memesan.
Ini Mieng Kham yang dimakan seperti sirih pinang datuk nenek kita dahulu kala. Rasanya sangat sedap dan hebat sehingga ada yang menitiskan air mata memakannya (pedas!). Ada kacang, isi kelapa goreng garing, udang kering, cili api. Dilipat, dicicah dengan sos dan dimasukkan ke dalam mulut. Fuh! Saya sebagai penggemar dedaunan memberikan gred A kepada hidangan ini.
Ikan ini dipesan atas cadangan pelayan restoran. Namanya disebut dalam bahasa Thai (tak tahu nak ulang. Hehe). Rasanya penuh. Ada rasa lengkuas, ada rasa cili, ada rasa petai dan yang penting ada rasa daun selasih. Sedap dan pedas. Saya memang suka pedas dan menyengat.
Merasa laksa siam. Rasanya tidak menghampakan. Pilihan ulam-ulaman sahaja yang terhad. Hehe. Penutup sesi makan dengan dadih mocha. Selesai.
Penggemar makanan Thai bolehlah cuba makan di sini. Banyak lagi menu terkenal Thai seperti pulut mangga yang sedap dan menu-menu menyelerakan yang lain boleh didapati di sini. Pastinya ini destinasi yang saya akan kunjungi lagi ;)
Skala 1-5
(1= Tidak memuaskan) (2= Kurang Memuaskan) (3= Boleh laa) (4= Baik) (5=Cemerlang)
Makanan : 5
kalau nak call kereta sewa di kawasan puchong ke lokasi ni, ada cadangan syarikat khidmat kereta sewa mana2 ke? lol
ReplyDelete