Friday, September 25, 2015

Combo Heritage Hotel dan David Diners...Ipoh

Sementara menunggu suami habis kerja, memesan Char Kuey Tiow Penang untuk mengalas perut. Bila pelayan Coffee House hantar pesanan ke bilik punyalah
banyak sepinggan penuh kuey tiow. Sedap dan cukup rasa. Ada telur,udang dan kerang.

Antara makanan sedap yang pernah dirasa di hotel ini juga adalah Heritage Club Sandwich, Heritage Grilled Chicken Chop dan Lamb Chop, Heritage Nasi Lemak, Chicken Rice Balls dan Fish and Chips. Setakat pengalaman beberapa kali menginap di sini, alhamdulillah semuanya sedap dan sesuai dengan tekak. Semua hidanhan ini ada di Heritage Hotel, Jalan Raja Dihilir,Ipoh.




Malam menjamu selera di David Diners. Kali kedua makan di sini. Kali pertama dulu berbuka puasa di sini. Dengan konsep makanan Amerika Sebenar, restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan-pelanggan yang suka atau ingin mencuba makanan negara barat. Sebagai tambahan, restoran ini merupakan sebuah restoran yang mendapat sijil halal yang diiktiraf. Jadi saya makan dengan senang hati. La la la.



Antara makanan yang dipesan :

Mushroom soup with garlic bread
Bbq Chicken Grilled with macaroni cheese & garlic mashed potato
Marinated lamb grilled with macaroni cheese & mashed potato
Air honey dew juice, lemongrass tea,hot chocolate.
Saya makan seorang diri? Oh tidak! Berkongsi dengan suami dan kawan baik kami. Makanan sedap terutama garlic bread.

Sebelum keluar ke David Diners tadi, sempat mencuri pandang kepada seorang insan yang sedang asyik bermain piano di lobi. Apabila pulang ke hotel, beliau masih lagi rancak di piano. Hebatnya orang ada bakat seni. Jika saya yang bermain piano mungkin saya berbakat memainkan lagu Twinkle Twinkle Little Stars. Hehe.

Skala 1-5
(1= Tidak memuaskan) (2= Kurang Memuaskan) (3= Boleh laa) (4= Baik) (5=Cemerlang)

Penginapan : 4
Makanan hotel (sarapan) : 2
Makanan room servis : 4
David's Diners Restaurant : 4


No comments:

Post a Comment