Monday, September 21, 2015

Ahlan wa sahlan..... Marhaba Restaurant

Update: Restoran ini telah tamat operasi di Publika dan berpindah ke tempat yang lain 🙂.

Jumaat yang damai. Bergegas menyiapkan kerja untuk menyertai makan tengah hari bersama-sama rakan-rakan sepergunungan ilmu.

Atas cadangan seorang rakan, saya melebarkan langkah ke Restoran Marhaba yang terletak di Publika di sebuah kompleks membeli-belah di Jalan Duta.

Apabila sampai sahaja di Publika, tempat letak kereta tersangatlah penuh, berpusing-pusing hampir 15 minit barulah jumpa. Tempat letak kereta yang terhampir dengan restoran ini adalah blok D.

Ini satu-satunya gambar makanan yang ada. Terlalu asyik berbual-bual sampaikan terlupa mahu mengambil gambar (lapar yang teramat pun ada juga. Hehe). Bila makan ramai-ramai, berebut-berebut sudah jadi satu keseronokkan pula.

Antara menu pilihan ialah :

-> Mulauwah : Roti ini besar dan berbentuk bulat ditabur dengan habbatussauda' di atasnya. Rakan saya pesan yang bersaiz kecil pun cukup untuk 4 orang makan. Saiz yang besar pula tersangatlah besar dan mengenyangkan. Yang kecil RM7 dan yang besar berharga RM12 (Hati-hati bila order, saiznya besar!)

-> Kacang Pool : Nama arabnya saya tak tahu. Rasanya sedap. Ala-ala kacang pool Johor.

-> Saltah Fahsah : Dihidang dalam seramik claypot. Ada pelbagai pilihan seperti kambing, ikan dan ayam. Saya makan ayam. Hidangan  daging ayam seperti dicerai-ceraikan dan dimasak bersama sos istimewa menjadi pasangan terbaik mulauwah.

-> Nasi Mandy Ayam dan Kambing : Saya suka kambing. Sangat lembut dan rasanya berempah. Rasanya ikut bahagian kambing juga. Kebetulan saya dapat bahagian yang lembut dan berlemak, maka berseleralah makan. Setnya termasuk sup dan sambal(versi arab)

-> Air Ice Lemon Tea : Sedap dan original

-> Teh masala : Sedappppp (Tuan punya kedai belanja sebab rakan saya merupakan geng hoki beliau)


Ini linknya supaya menjamu mata sebelum menjamu selera :http://www.marhabarestaurant.com.my/
Selamat menjamu selera. Marhaban ya Marhaba!

Skala 1-5
(1= Tidak memuaskan) (2= Kurang Memuaskan) (3= Boleh laa) (4= Baik) (5=Cemerlang)


Makanan: 4

No comments:

Post a Comment