Perancangan kami permulaannya berjalan lancar sehinggalah peristiwa pengeboman di Bangkok. Berdebar-debar juga mahu ke Hatyai. Tapi,apabila sampai di sana perasaan takut dan risau hilang serta merta.
Tip ke Hatyai:
1. Bawa passport yang tak kurang dari 6 bulan tempoh tamat
2. Pakaian dan alatan yang diperlukan sepanjang berada di sana(tidak perlu terlalu banyak, jika tidak mahu patah tangan dan kaki menyeret barangan di kastam)
3. Bawa air kosong (jika menaiki kenderaan selain kapal terbang)
4. Ubat-ubatan jangan lupa bagi yang berpenyakit (lelah,gout,kencing manis,darah tinggi,gastrik dan lain-lain)
5. Sentiasa ingat nombor plat bas/kenderaan
6. Pastikan waktu solat (Malaysia awal 1 jam dari Thailand)
7. Simpan nombor-nombor penting dan nama hotel- jika sesat senang cari
Tempat yang menarik sangat banyak di Hatyai. Di sini saya kongsikan tempat-tempat yang selalu dikunjungi oleh pelancong.
Hotel Grand Plaza Hatyai
Tempat penginapan sepanjang bermusafir di sana. Tempat dekat dengan tempat makanan halal, tempat urut dan tempat membeli-belah. Senang dan penuh dengan kemudahan. Betul-betul di tengah bandar Hatyai. Yang paling penting tempatnya bersih (itu keutamaan saya)
Nora Plaza
Tempat barangan kulit. pelbagai barangan kulit ada. Sampai sahaja setiap pengunjung akan ditampal dengan pelekat bernombor dan diberi kupon diskaun. Sempat juga tangan saya menyambar dompet kulit.
Museum 3D
Lebih kurang Muzium 3D di Pulau Pinang. Bezanya lukisan 3D yang berlainan. Sangat seronok bagi yang suka berposing. Jangan lupa bawa kamera pelbagai fungsi untuk kesan lebih menarik. Boleh juga dapatkan perkhidmatan jurugambar di situ dan beli sahaja gambar dengan harga 50 baht.
Pasar Hatyai
Pergi menaiki Tuk Tuk (hati-hati!jika tersalah sebut boleh membawa maksud lain). Harga 20 baht sahaja jika naik beramai-ramai. Kawasan pasar ini besar. Saya fokus periuk belanga dan membeli beg. Senang jumpa. Pasar Hatyai ada banyak tempat. Ini pasar Hatyai yang tidak jauh sangat dengan hotel. Naik Tuk Tuk dalam 10 minit sahaja.
Pada waktu petang banyak gerai mula dibuka. Saya makan laksa siam. Rasanya seperti suhun/bihun halus dan kuahnya seperti kari hijau berulamkan hampir 10 jenis ulam segar(daun kemangi,bunga kantan,petai belalang,pucuk petai,tauge,serai dan lain-lain lagi saya tak kenal. Hehe)
Sebelum balik bungkus bekalan pulut ayam. Rasanya sedap dari pulut ayam yang pernah saya rasa sebelum ini.
Pasar Malam
Jauh sedikit. Perlu naik Tuk Tuk lagi. Saya tak pergi,jadi saya gantikan dengan berjalan-jalan sekeliling hotel.
Jalan-jalan Sekeliling Hotel
Barang-barang cenderahati dan t shirt masih lagi murah. Tawar-menawar sedikit membawa hasil. Kebanyakan penjual di Hatyai boleh berbahasa Melayi dan Inggeris. Kurang masalah komunikasi. Hehe
Pilihan menjamu selera di beberapa restoran dan gerai seperti Restoran Hamid, Restoran Kelantan dan beberapa buah restoran Muslim sekitar hotel. Gerai-gerai berkonsepkan 'food truck' juga penuh di tengah-tengah bandar. Makanan-makanan wajib cuba seperti air sarang burung bersama gingko,tiram goreng telur,pad thai, kari hijau,tomyam bersantan(kena request kerana tidak diletakkan dalam menu), pulut ayam,pulut mangga,
Kari hijau yang panas,pedas dan menyelerakan serta tomyam hangat, masam dan pedas menyengat di Restoran Hamid makan sehingga menangis (sob..sob...sob).
Chang Puak Camp
Tempat berjumpa sahabat rimba, gajah-gajah perkasa. Banyak aktiviti di sini seperti bergambar dengan gajah, menunggang gajah, beri makan gajah, sarkas gajah. Boleh pilih mana-mana yang disukai. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Saya pilih beri makan gajah. Fakta yang diberikan oleh pengembala gajah, seekor gajah perlu makan 500kg pisang untuk kenyang. Erk!\
Samila Beach di Songkhla
Naik keretapi ini bersiar-siar di pantai. Berhenti di ladang bunga matahari, Jalan Patalong (kawasan Muslim) dan pusat pentadbiran. Jika hilang passport perlu ke Songkhla untuk laporkan kehilangan dokumen. Jika tidak, kekallah kita di Thailand.
Pasar Terapung
Saya dengar bunyinya Tarakapung. Tak pastilah yang mana yang betul. Di sini makanan murah dan pelbagai. Saya pilih laksa siam sekali lagi dan cucur ikan. Sedaplah.
Tak perlu terjun ke dalam sampan. Cukup dengan berdiri/bertinggung di tebing sambil order makanan. Jual beli akan menggunakan bakul yang ada kayu panjang (macam sauk tangkap ikan). Ambil makan dan letak duit sahaja Mudah!
Sekian, perkongsian kami.... makan mesti makan dan jalan mesti jalan (bakar kalori).
Skala 1-5
(1= Tidak memuaskan) (2= Kurang Memuaskan) (3= Boleh laa) (4= Baik) (5=Cemerlang)
Penginapan : 5
Makanan : 5 (secara keseluruhan)