Saturday, February 5, 2022

Nasi Kambing 40 Hari,Yong Peng,Johor

Saya pernah sekali merasa pemberian seorang sahabat. Ketika itu menu istimewa ini sedang viral di media sosial dan menjadi antara tempat tumpuan jika ke Johor.

Berkesempatan datang sendiri. Kedudukqn kedai ini di Yong Peng, tidak jauh dari Air Hitam. Seawal 7.45 pagi sudah sampai. Ketika itu sudah ada pelanggan  yang mula menjamu selera.

Parking luas dengan parking tambahan. Disambut oleh pasukan RELA yang bertanggungjawab memeriksa MySejahtera pelanggan.

Kami diminta beratur di bahagian kanan(kaunter nasi) dan kiri(kaunter roti canai). Saya difahamkan roti canai hanya ada pada waktu pagi. Kaunter kiri juga juga untuk order makanan berbungkus.

Parking di hadapan kedai

Nasi Kambing. Jenis nasi arab. Ada juga set dengan nasi putih 


Lauk ayam pun ada (bagi yang tak makan ayam)

Makanannya sedap. Saya terbayang kalau makan bersila dan berkongsi-kongsi satu talam di kawasan yang disediakan pun best juga 😍. Boleh cuba bagi yang belum cuba. 


Canning Dim Sum,Ipoh


Kakak saya ajak sarapan di Canning Dim Sum. Antara dimsum halal di Ipoh. Bila lama dah tak balik kampung, sesekali keluar makan ramai-ramai memang best. Nak cerita tentang menu dimsum ni memang banyak 😄.
Cuma mudahnya di sini, tak perlu bangun untuk order, akan ada waiter yang bawa dulang yang dipenuhi hidangan dim sum. 
Mereka akan bertanya apa yang kita mahu di samping memberi penerangan seba sedikit dimsum yang dibawa.

Sebahagian dimsum yang kami makan

Fried radish cake kegemaran ramai. Sedap dan tak pedas.

Yam croquette favourite saya. Yang ini kena cepat pesan. Selalu habis awal.


Chee cheong fun. Ada udang dan ada ayam. Pilih ikut selera dan citarasa.

Overall saya suka dimsum di sini sebab rasanya fresh. Di luar ada kawasan untuk ambil gambar. Kalau sampai dah ramai oramg bolehlah bergambar dahulu sementara tunggu giliran masuk.

Restoran ini kategori 'must try' bagi peminat dimsum!Selamat menjamu selera.


Pak Dol,Satar, Mersing

Di sekitar pantai Mersing ada banyak kedai yang menjual keropok lekor dan makanan untuk.kudap-kudapan. Ada juga kedai yang menjual hasil-hasil laut.

Bolehlah cuba. Ada yang jual fresh untuk dibawa pulang,ada yang siap bergoreng, ada juga yang boleh dijadikan buah tangan. Saya membeli satar di sini. 


Satar ada dua jenis yang dijual. Satu yang ada kelapa dan pedas, satu jenis lagi tiada kelapa dan pedas. Yang tak ada kelapa ini seperti otak-otak rasanya. 


Makan sambil mengadap laut. Masa ini angin dah kurang kuat. 

Sedap satar ini. Patut ramai beratur nak beli. Puas hati short trip ke Mersing. Moga ada rezeki datang lagi.

Nasi Dagang Warisan Kak Ju, Mersing

 "Jom pergi Mersing." Ajak suami saya. Ada masa sedikit lagi sebelum pulang ke rumah. Dari Kluang kami lajak ke Mersing. Lebih kurang 1 jam 20 minit perjalanan.

Pucuk dicita ulam mendatang. Sampai dalam jam 2.30 petang. Kami pilih kedai ini untuk makan tengah hari. Kedai ini berhadapan dengan laut. Sambil makan, sambil memandang laut.


Nasi lemak ikan tongkol


Nasi dagang ikan tongkol

Nasi minyak ayam merah

Disambut oleh pekerja kedai dengan senyuman. Layanan yang baik membuatkan kami rasa gembira. Di sini ada juga nasi kerabu(kami tak cuba). Kami dah kenyang makan ketiga-tiga jenis nasi ini. Ditambah dengan ais kosong dan nescafe ais ditemani angin kencang bertiup dari arah laut, musim monsoon hampir berakhir menurut perbualan kami dan pekerja di kedai.

Harga sangat murah, kesemuanya berharga RM16.00 sahaja. Puas hati! Semuanya sedappp alhamdulillah.

Warung Lontong Darat,Kluang

Dalam kepala nak makan lontong darat. Suami memang suka sangat lontong darat. Masa order di kaunter, boleh pula saya order lontong goreng 😅 mujurlah pekerja restoran tersebut membalas dengan lembut,

"Kami tak ada lontong goreng, kami ada lontong darat sahaja."

Aduh! Excited punya pasal, sampai tersalah order. Hehe.

Restoran ini besar dan luas. Selesa. Parking pun banyak. Selain lontong darat, ada juga menu yang lain seperti bihun goreng, nasi goreng,bakso,ubi rebus, kuih-muih dan lain-lain. Ini antara makanan yang saya ambil :


Tauhu goreng dan tempe goreng. Sedapppp...makan panas-panas dengan sambal kicap 🤗


Nasi goreng dan bihun goreng letak sambal


Haa...ini dia lontong darat menjadi dambaan hati. Ada nasi impit, sambal ayam,sambal goreng,paru,sambal kelapa dan kuah kacang. Seriusss sedap. Terbayang-bayang lagi di ingatan 😇

Ada rezeki boleh repeat lagi. Recommend!!


Nasi Ujang,Kluang (macam-macam kedai)

Datang ke Kluang tak sah jika tak makan Nasi Ujang . Kata mereka, Nasi Ujang merupakan menu istimewa Kluang. Saya pun cuba di beberapa tempat, bukan hari yang sama. Saya compile tempat yang saya sudah cuba. Sedap belaka!

Kambing masak Ujang dari Kedai Chef Ridh



 Nasi Ujang (Ayam) dari Restoran Ujang Warisan

Nasi Ujang (Ayam dari Ops! Bob Corner (order Food Panda) sahaja.

Cubalah mana-mana kedai. Ada banyak yang menawarkan Nasi Ujang dalam menu mereka. Ada juga yang saya tak dapat cuba berikutan kedainya cuti. InsyaAllah next time pula cuba. Yang pastinya, saya suka menu Ujang ini 😊.

Kluang Rail Coffee, Jalan Duku, Kluang

Suami ajak temankan beliau untuk kerja. Sebelum ini pernah pergi sekali, tetapi tak sempat nak jalan ke mana-mana disebabkan tugasannya. Masa pergi kali pertama saya order dengan menggunakan perkhidmatan ‘Kluang Runner’ yang saya perolehi maklumat dalam fb. Alhamdulillah team Kluang Runner sangat memudahkan urusan ketika itu.

Kali ini, saya pergi trip sekali lagi. Pilihan sarapan kali ini di salah satu restoran yang digemari di Kluang iaitu Kluang Rail Coffee. Terletak di bandar Kluang. Ada beberapa cawangan dan ada juga yang kedai asal. Saya pergi ke cawangan Jalan Duku.
        
    

Pandangan hadapan di restoran. Boleh tangkap gambar.


Pesan kopi ais dan bun bakar. Makan panas-panas memang sedap. Di tengah-tengah bun ada butter dan kaya. Ada beberapa pilihan lagi seperti roti panjang atau bun wholemeal.


Ini Mee Siam a.k.a Bihun goreng. Pesan yang siap dengan telur. Jika nak add on lauk pun boleh. Saya tambah sambal sotong. Sedap sotongnya. Lembut. Yang pastinya saya tak rasa gatal muka bila makan sotong ini. Suami pula tambah rendang ayam untuk makan dengan lontong (tak sempat tangkap gambar.Hehe)




 Kami pesan lontong. Rasanya light dan sedap. Secukup rasa. Harganya pun 4.50. Murahkan?

Laksa Johor. Tapau bawa ke hotel untuk minum petang. Sedap. No wonder ramai recommend.

Kedai ini buka awal pagi. Sebelum pulang ke destinasi asal, sempat pekena kopi ais dan roti bakar sekali lagi untuk minum petang. Tempat ini memang tempat yang selesa dan mudah jika datang seisi keluarga kerana ada pelbagai menu dari menu ringan hingga yang berat. Paling best! Kopinyaaa…must try,