Teringin makan satay hari ini. Dah lama juga saya tak makan satay. Kebetulan di Bangi, jadi tinjau-tinjau mana satay yang sedap selain di Kajang. Dan nama Satay Hakimi Kajang antara yang sedap menurut blogger makanan yang saya baca.
Serius...sataynya lembut walaupun dah sejuk. Masa sampai memang panaslah. Lama-lama jadi sejuk tetap lembut. Kuah kacang dikisar halus, rasa 'ringan' dan tak terlalu manis. Nasi himpit pun lembut. Memang kena dengan selera.
Saya makan juga sup ekor, ayam kunyit, nasi goreng cili padi telur mata dan nasi putih untuk bagi kenyang perut. Tak 'pekena' nasi sehari tak sah. Hehe.
.....................................................................................
Kedai satay ini berkongsi dengan kedai makan. Ada dua kedai satay. Terletak bersebelahan antara satu sama lain. Cuma dipisahkan dengan tempat letak kereta sahaja. 😁 Kedudukan seperti dalam gambar di bawah.
Kedai Satay Hakimi Kajang (macam baru sikit)
Kedai Satay Hakimi Kajang (nampak lama sedikit)
Cara ordernya senang sahaja, order di kaunter satay untuk satay. Sebut nombor meja semasa order. Yang makanan panas ada pekerja yang akan datang order makanan. Selesai makan buat bayaran di kaunter:
- kaunter masakan panas+air
-kaunter otak-otak (kalau ada makan otak-otak)
- kaunter satay
Selesai. Selamat mencuba 😁❤
No comments:
Post a Comment