Sunday, January 26, 2020

Nasi Kandar Jamal, Butterworth, Pulau Pinang

Nasi kandar Jamal ini dulu ada Setapak. Sejak mereka tutup cawangan Setapak teepaksalah ke Butterworth kalau rindu nak rasa masakan kedai Jamal.



Saya order nasi lauk telur sotong dan telur dadar. Suami nasi lauk ayam bawang dan telur dadar. Bungkus bawa pulang kambing lamb shank (saiz besar) masak kari pekat dan ayam bawang.

Specialnya nasi kandar di sini, rasa nasinya seperti nasi yang berlemak dan ada bawang goreng ditabur di atasnya 😍👍. Tak pernah jemu makan di sini. 

Kalau tengah hari satu kedai sahaja dibuka. Jika waktu malam ada 2 kedai dibuka. Kedua-duanya berdekatan. Saya difahamkan yang satu lagi adalah kedai lama dan ramai yang selesa beratur panjang untuk mengambil hidangan seperti kebiasaan mereka dahulu.


Selamat mencuba ❤



No comments:

Post a Comment