Saturday, January 4, 2020

Api-api Ikan Bakar, Kuala Perlis

Selalunya jika ke Kuala Perlis hanya untuk menaiki feri ke Langkawi. Kali ini pergi mengikut suami kerja. Perancangan saat akhir.
Selesai kerja suami kami jalan-jalan cari makan. Banyak kedai makan tidak buka pada Sabtu&Ahad. Ada juga yang beroperasi sehingga jam 3-4 petang sahaja. Jadi kami fikir mahu mencari ikan bakar sebagai menu makan malam.

Terjumpa review mengenai restoran ini semasa google untuk dapatkan restoran yang sesuai.



Lihat kecantikan dan kedudukan restoran ini di muara. Kebetulan kami sampai jam 6.30 petang. Melihat matahari tenggelam sememangnya nikmat yang sangat indah.
 Kami order ikan kembung sweet sour,ikan bawal bakar,sayur kailan ikan masin dan sotong goreng. Ulam,air asam dan sambal belacan diberikan percuma.


 Rasa ikan bawal seperti satay bak kata suami saya. Memang sedap. 👍👍💪😁😁.


Pemandangan Api-api Ikan Bakar 
dari hadapan. Nampak yang berapi itu?  Di situlah tempah membakar ikan. 

Cara-cara order makanan:

Boleh tempah awal atau walk in. Beratur untuk pilih ikan/sotong/udang dan beritahu jenis masakan yang kita mahu,kita akan diberi nombor begini. 

Order air di kaunter air setelah ambil nombor. Letakkan nombor di meja dan pastikan boleh dilihat oleh pekerja. Tunggu makanan sampai. Sambil itu boleh ambil gambar dahulu ❤😍. Makan dan buat pembayaran. Caranya yang sistematik membuatkan suasana di restorannya aman dan selesa.

Saya rekemen untuk  pergi ke sini.👍👍😍😍.



No comments:

Post a Comment