Sunday, January 26, 2020

Nasi Kandar Jamal, Butterworth, Pulau Pinang

Nasi kandar Jamal ini dulu ada Setapak. Sejak mereka tutup cawangan Setapak teepaksalah ke Butterworth kalau rindu nak rasa masakan kedai Jamal.



Saya order nasi lauk telur sotong dan telur dadar. Suami nasi lauk ayam bawang dan telur dadar. Bungkus bawa pulang kambing lamb shank (saiz besar) masak kari pekat dan ayam bawang.

Specialnya nasi kandar di sini, rasa nasinya seperti nasi yang berlemak dan ada bawang goreng ditabur di atasnya 😍👍. Tak pernah jemu makan di sini. 

Kalau tengah hari satu kedai sahaja dibuka. Jika waktu malam ada 2 kedai dibuka. Kedua-duanya berdekatan. Saya difahamkan yang satu lagi adalah kedai lama dan ramai yang selesa beratur panjang untuk mengambil hidangan seperti kebiasaan mereka dahulu.


Selamat mencuba ❤



Saturday, January 25, 2020

Paksu Kari Kepala Ikan, Pulau Pinang

Suka kari kepala ikan? Selalunya saya makan di kedai mamak. Ada perbezaan sedikit kerana ini stail masakan melayu. Antara kari kepala ikan yang sedap juga di Pen Mutiara, Bayan Lepas. Kali ini cuba satu tempat yang baru saya jumpa ketika search dalam Google.  Ramai yang review kata sedap. Ya...memang sedap.


Ini kedainya. Landmark tak jauh dari SK Sungai Ara, Bayan Lepas. Tepi traffic light.

Ada makanan lain juga. Satay dan Mi Besen

Fokus saya nak makan kari kepala ikan. Walaubagaimana pun, lauk-lauk lain banyakkkk. Mata saya melilau nak pilih lauk. Semuanya menyelerakan. Yang penting fresh baru dimasak. Saya sampai tepat jam 5.00 petang. Menunggu sampai mereka siap memasak. Tak apa, sambil borak-borak. Hehe. 

Stail di sini ialah makan hidang boleh stail makan nasi campur pun boleh. Saya ambil hidangan ini:

Kentang goreng rencah kerang

Terung berlada. Tak pedas. Rasa manis-manis

Kari kepala ikan biasa. Ini kepala ikan senangin.Bukan special. Jika special akan dimasak asing dan dihidang dengan hiasan dan cantik. Hehe. Sempat saya ternampak hidangan kari kepala ikan yang dipesan oleh sebuah kelurga berbangsa cina.

Untuk kari ikan special ada pilihan kepala ikan jenahak dan ikan merah.

Nasi panas-panas saya minta letak kuah kicap dan kurma. Bila masuk dengan kari memang mebelessss 🤗🤗.

Saya tambah ayam goreng. Rasa perapan ayam goreng dimasak panas-panas memanglah sedap. Cuba bayabgkan selalu kita makan nasi di rumah dengan lauk. Kita masak panas-panas. Makan di sini seolah-olah rasa makan di rumah 😍.

Harga?Murah dan berpatutan 👍😁. Saya memang bagi 5 bintang untuk kedai ini. Lauk baru dimasak dan nasi panas-panas. Kena dengan selera saya. InsyaAllah akan repeat lagi ❤👍😋.

Thursday, January 23, 2020

Street Churros, IOI Mall Putrajaya

Order Grabfood sahaja. Churros ini saya selalu lihat dalam rancangan masakan di AFC Channel suatu masa dahulu. Pertama kali saya makan ketika berhari raya di rumah saudara. Anak kepada saudara saya merupakan seorang chef. Dijamunya kami dengan churros.

Ini churros yang saya order dari Street Churros.

Street Churros


Chocolate churros dan Cream Cheese Filling

Cinnamon Filling Churros(saya pilih Chocolate Filling dan Chocolate Dip)


Ini street churros. Basic dan saya pilih Butterscotch Dip.

Churros sangat sedap dan saya pasti akan order lagi insyaAllah. Jom churros panas-panas. Yeay!🤗.




Satay Hakimi Kajang, Bangi.

Teringin makan satay hari ini. Dah lama juga saya tak makan satay. Kebetulan di Bangi, jadi tinjau-tinjau mana satay yang sedap selain di Kajang. Dan nama Satay Hakimi Kajang antara yang sedap menurut blogger makanan yang saya baca. 




Serius...sataynya lembut walaupun dah sejuk. Masa sampai memang panaslah. Lama-lama jadi sejuk tetap lembut. Kuah kacang dikisar halus, rasa 'ringan' dan tak terlalu manis. Nasi himpit pun lembut. Memang kena dengan selera.



Saya makan juga sup ekor, ayam kunyit, nasi goreng cili padi telur mata dan nasi putih untuk bagi kenyang perut. Tak 'pekena' nasi sehari tak sah. Hehe.

.....................................................................................
Kedai satay ini berkongsi dengan kedai makan. Ada dua kedai satay. Terletak bersebelahan antara satu sama lain.  Cuma dipisahkan dengan tempat letak kereta sahaja. 😁 Kedudukan seperti dalam gambar di bawah.

Kedai Satay Hakimi Kajang (macam baru sikit)

Kedai Satay Hakimi Kajang (nampak lama sedikit)


Cara ordernya senang sahaja, order di kaunter satay untuk satay. Sebut nombor meja semasa order. Yang makanan panas ada pekerja yang akan datang order makanan. Selesai makan buat bayaran di kaunter:
- kaunter masakan panas+air
-kaunter otak-otak (kalau ada makan otak-otak)
- kaunter satay

Selesai. Selamat mencuba 😁❤


Wednesday, January 22, 2020

Coffee House RHR Hotel, Uniten Bangi

Cuba bayangkan ada asam pedas yang sedap di RHR Hotel. Kebetulan kami belum makan tengah hari. Jadi sangat enak bila ada asam pedas ekor 🤭. Janggal pula sebutannya. Selalu sebut sup ekor. Hehe. Oxtail Asam Pedas. Setnya bersama-sama nasi,sambal belacan dan ulam pegaga. Memang sedappp 👍👍.

Masa menunggu agak lama. Mungkin kerana proses memasak dan sebagainya. Jadi boleh chit chat untuk tidak rasa menunggu lama.


 Asam pedas ekor

Chicken honey wing. Rasa seperti bbq. Sedap.


 Nasi putih+ulam+sambal belacan(lupa ambil gambar)


Banyak lagi menu belum dicuba. Jom ke RHR lagi...😁


Friday, January 10, 2020

The Grill, Wangsa Maju

Nak makan western food? Tapi tak larat nak keluar. Saya order The Grill sekali lagi. Ini order saya kali kedua. Grabfood sahaja. Kali pertama order 3 Cheese Mac In Bowl dan Hainan Chicken Chop. So yummy!!👍😁.






Hari ini cuba 2 menu ini pula. 




☝️ ini Creamy Parmesan Garlic Mushroom Chicken with 2 side dishes 


Ini Alfredo Fetuccini 😍

Order melalui Grabfood 🙂

Portion makanan di The Grill ini agak besar. Boleh dikongsi-kongsi 😁. Setakat ini 4 menu yang dicuba memang sedap belaka. InsyaAllah kita cuba menu-menu yang lain pula. Jika berminat nak dine in boleh lah ke The Grill Wangsa Maju di Jalan Wangsa Delima 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur 🤗.

Saturday, January 4, 2020

Abah Gulai Kawah&Ikan Bakar

Dulu namanya Mid Gulai Kawah. Menurut pekedai restoran, kedai Abah Gulai Kawah baru mengambil alih restoran Mid Gulai Kawah yang lama.

Menu-menu tidak jauh berbeza dengan kedai yang lama, cuma set up kedai agak berbeza. Seperti medan selera yang ada gerai-gerai kecil di dalamnya.




Menu pilihan adalah ikan siakap bakar,ikan keli bakar dwn gulai kawah daging+batang pisang.




Kedudukan tidak jauh dari exit Tol Sungai Dua. Rasa gulai kawah pun boleh tahan. Macam rasa makan kenduri lauk gulai kawah. Hehe. Boleh lah mencuba.

Api-api Ikan Bakar, Kuala Perlis

Selalunya jika ke Kuala Perlis hanya untuk menaiki feri ke Langkawi. Kali ini pergi mengikut suami kerja. Perancangan saat akhir.
Selesai kerja suami kami jalan-jalan cari makan. Banyak kedai makan tidak buka pada Sabtu&Ahad. Ada juga yang beroperasi sehingga jam 3-4 petang sahaja. Jadi kami fikir mahu mencari ikan bakar sebagai menu makan malam.

Terjumpa review mengenai restoran ini semasa google untuk dapatkan restoran yang sesuai.



Lihat kecantikan dan kedudukan restoran ini di muara. Kebetulan kami sampai jam 6.30 petang. Melihat matahari tenggelam sememangnya nikmat yang sangat indah.
 Kami order ikan kembung sweet sour,ikan bawal bakar,sayur kailan ikan masin dan sotong goreng. Ulam,air asam dan sambal belacan diberikan percuma.


 Rasa ikan bawal seperti satay bak kata suami saya. Memang sedap. 👍👍💪😁😁.


Pemandangan Api-api Ikan Bakar 
dari hadapan. Nampak yang berapi itu?  Di situlah tempah membakar ikan. 

Cara-cara order makanan:

Boleh tempah awal atau walk in. Beratur untuk pilih ikan/sotong/udang dan beritahu jenis masakan yang kita mahu,kita akan diberi nombor begini. 

Order air di kaunter air setelah ambil nombor. Letakkan nombor di meja dan pastikan boleh dilihat oleh pekerja. Tunggu makanan sampai. Sambil itu boleh ambil gambar dahulu ❤😍. Makan dan buat pembayaran. Caranya yang sistematik membuatkan suasana di restorannya aman dan selesa.

Saya rekemen untuk  pergi ke sini.👍👍😍😍.