Saturday, August 8, 2020

Dolly Dim Sum, Sunway Putra KL

 

Hari ini kerja saya sudah siapkan lebih awal. Jadi, suami ajak untuk makan di Dolly Dimsum. Selalunya kami pesan melalui Grabfood sahaja, tapi hari ini kami memanjangkan kaki melangkah ke Sunway Putra.

Dalam ke sana-sini, pastikan SOP PKPP dipatuhi. Pakai pelitup muka, penjarakan sosial dan.hand sanitizer sentiasa perlu diamalkan.

Dolly Dimsum antara hidangan dimsum halal yang kami suka. Hidangan yang kami pesan adalah:


BBQ Cheong Fun

Golden Fish Crackers
Sweet Sour Beancurd Roll
Salted Fish Fried Rice

Siew Mai
Jasmine Tea
Sos cili dan sos hitam

Walaupun porsinya kecil, keenakan rasanya tidak dapat dinafikan lagi. Selamat mencuba!.

Friday, July 3, 2020

Bistro Beach Seafood, Lumut, Perak

Sekian lama bersawang blog ini. Maklumlah PKP, kita duduk rumah diam-diam. Selesai PKP bolehlah ambil masa berjalan-jalan dengan  keluarga. Jalan tu jalan juga, cuma kena tambah SOP dan mematuhi SOP yang disediakan.

Makan malam saya pilih di sini....BISTRO BEACH SEAFOOD. Parking luas, pemandangan cantik dan selesa. Boleh datang ramai-ramai, memang puas hati. kalau tengok menu memang rambang mata. Rasa pun sedap. sesuai dengan selera.


Hidangan penuh. dengan kangkung goreng belacan.

Udang goreng tepung

Ikan bakar 


Kupang masak pedas cili kering

Ayam goreng butter


Telur dadar




Friday, March 6, 2020

Tim's Terrace Teapot

TTT... hari ini decide untuk lunch+simple hi tea dengan kawan-kawan. Banyak menu yang kami order. Tapi seronoknya dapat pergi dengan kawan-kawan boleh kongsi-kongsi rasa. Tipnya, order berlainan menu dan 'round table'. Hehe.

 Beef lasagna
- sedap dengan daging hancur di dalam sos tomato,salad sayur dan hirisan badam 👍 reccomended!

Sherperd Pie
-Dihidang bersama-sama nachos, dan salad 👍

Sandwich


Chicken Rolardes
-Ayam gulung, salas dan pasta. Kenyang kalau makan sahaja pun dah cukup.


Pumpkin soup dengan garlic bread 👍

Mashed potato
-Rasa creamy and buttery 😋 gravynya sedikit masin. Hehe.

Spaghetti Straganouff
- Begitu agaknya ejaaannya. Mula-mula makan rasa kari dan masam. Lama-lama makan terasa arma daun basil. Rencahnya kentang dan ayam. Sedap juga.


Teko+cawan. Cantik kan?❤😍
Teh dan kopi di sini ada pelbagai rasa dan aroma. Saya cuba Lemon Ginger Tea yang dipesan oleh kawan saya. Sedap. Jika musim sejuk sesuai untuk panaskan badan.

Rainbow Layer Cake

Medovic Honey Cake
* Yang ini special. Selalu cepat habis. Kek ini adalah sejenis Rusian Cake.

Pistachio Cake (nama penuh tak ingat)

Tempat ini cozy dan selesa. Ada ruangan-ruangan tersorok yang boleh menempatkan sekumpulan besar juga. Yang pasti,dekorasi kedai ini sememangnya cantik dan 'english style' 😍😎.  Selamat mencuba 👍🤗




Saturday, February 29, 2020

Nasi 3 Budak Gemok

Namanya catchy kan? Saya pernah makan banyak kali. Ada banyak cawangan. Di wangsa maju, Gombak dan yang saya makan hari ini adalah Selayang. Saya makan ini saya order menggunakan perkhidmatan Foodpanda sahaja. Konsisten rasanya walaupun makan di tempat yang berbeza.


 Ayam masak kicap+sambal+ulam timun


Daging masak kicap+sambal+timun

Baik. Rasanya memang sedap. Pedas memang pedas. Tapi bila makan mesti rasa puas. Sedap dan pedas. Nasi putih panas-panas yang lembut. Ayam dipotong kecil-kecil dan daging dihiris nipis-nipis. Tak keras.

Cuma,bagi orang yang tak makan pedas cubalah sedikit dahulu. Bagi saya,ayam dan daging kicap itu pun dah ada rasa kepedasannya tersendiri. Kalau tahan boleh teruskan kalau tak tahan boleh stop. Hehe 🤭😁.

Saya makan selalunya ada sambal gesek yang ditambah. Tapi sejak musim gastrik ini, cukuplah dengan sambal yang ada 😅.

Sudah pastinya jadi kegemaran saya ❤.

Sunday, January 26, 2020

Nasi Kandar Jamal, Butterworth, Pulau Pinang

Nasi kandar Jamal ini dulu ada Setapak. Sejak mereka tutup cawangan Setapak teepaksalah ke Butterworth kalau rindu nak rasa masakan kedai Jamal.



Saya order nasi lauk telur sotong dan telur dadar. Suami nasi lauk ayam bawang dan telur dadar. Bungkus bawa pulang kambing lamb shank (saiz besar) masak kari pekat dan ayam bawang.

Specialnya nasi kandar di sini, rasa nasinya seperti nasi yang berlemak dan ada bawang goreng ditabur di atasnya 😍👍. Tak pernah jemu makan di sini. 

Kalau tengah hari satu kedai sahaja dibuka. Jika waktu malam ada 2 kedai dibuka. Kedua-duanya berdekatan. Saya difahamkan yang satu lagi adalah kedai lama dan ramai yang selesa beratur panjang untuk mengambil hidangan seperti kebiasaan mereka dahulu.


Selamat mencuba ❤



Saturday, January 25, 2020

Paksu Kari Kepala Ikan, Pulau Pinang

Suka kari kepala ikan? Selalunya saya makan di kedai mamak. Ada perbezaan sedikit kerana ini stail masakan melayu. Antara kari kepala ikan yang sedap juga di Pen Mutiara, Bayan Lepas. Kali ini cuba satu tempat yang baru saya jumpa ketika search dalam Google.  Ramai yang review kata sedap. Ya...memang sedap.


Ini kedainya. Landmark tak jauh dari SK Sungai Ara, Bayan Lepas. Tepi traffic light.

Ada makanan lain juga. Satay dan Mi Besen

Fokus saya nak makan kari kepala ikan. Walaubagaimana pun, lauk-lauk lain banyakkkk. Mata saya melilau nak pilih lauk. Semuanya menyelerakan. Yang penting fresh baru dimasak. Saya sampai tepat jam 5.00 petang. Menunggu sampai mereka siap memasak. Tak apa, sambil borak-borak. Hehe. 

Stail di sini ialah makan hidang boleh stail makan nasi campur pun boleh. Saya ambil hidangan ini:

Kentang goreng rencah kerang

Terung berlada. Tak pedas. Rasa manis-manis

Kari kepala ikan biasa. Ini kepala ikan senangin.Bukan special. Jika special akan dimasak asing dan dihidang dengan hiasan dan cantik. Hehe. Sempat saya ternampak hidangan kari kepala ikan yang dipesan oleh sebuah kelurga berbangsa cina.

Untuk kari ikan special ada pilihan kepala ikan jenahak dan ikan merah.

Nasi panas-panas saya minta letak kuah kicap dan kurma. Bila masuk dengan kari memang mebelessss 🤗🤗.

Saya tambah ayam goreng. Rasa perapan ayam goreng dimasak panas-panas memanglah sedap. Cuba bayabgkan selalu kita makan nasi di rumah dengan lauk. Kita masak panas-panas. Makan di sini seolah-olah rasa makan di rumah 😍.

Harga?Murah dan berpatutan 👍😁. Saya memang bagi 5 bintang untuk kedai ini. Lauk baru dimasak dan nasi panas-panas. Kena dengan selera saya. InsyaAllah akan repeat lagi ❤👍😋.

Thursday, January 23, 2020

Street Churros, IOI Mall Putrajaya

Order Grabfood sahaja. Churros ini saya selalu lihat dalam rancangan masakan di AFC Channel suatu masa dahulu. Pertama kali saya makan ketika berhari raya di rumah saudara. Anak kepada saudara saya merupakan seorang chef. Dijamunya kami dengan churros.

Ini churros yang saya order dari Street Churros.

Street Churros


Chocolate churros dan Cream Cheese Filling

Cinnamon Filling Churros(saya pilih Chocolate Filling dan Chocolate Dip)


Ini street churros. Basic dan saya pilih Butterscotch Dip.

Churros sangat sedap dan saya pasti akan order lagi insyaAllah. Jom churros panas-panas. Yeay!🤗.




Satay Hakimi Kajang, Bangi.

Teringin makan satay hari ini. Dah lama juga saya tak makan satay. Kebetulan di Bangi, jadi tinjau-tinjau mana satay yang sedap selain di Kajang. Dan nama Satay Hakimi Kajang antara yang sedap menurut blogger makanan yang saya baca. 




Serius...sataynya lembut walaupun dah sejuk. Masa sampai memang panaslah. Lama-lama jadi sejuk tetap lembut. Kuah kacang dikisar halus, rasa 'ringan' dan tak terlalu manis. Nasi himpit pun lembut. Memang kena dengan selera.



Saya makan juga sup ekor, ayam kunyit, nasi goreng cili padi telur mata dan nasi putih untuk bagi kenyang perut. Tak 'pekena' nasi sehari tak sah. Hehe.

.....................................................................................
Kedai satay ini berkongsi dengan kedai makan. Ada dua kedai satay. Terletak bersebelahan antara satu sama lain.  Cuma dipisahkan dengan tempat letak kereta sahaja. 😁 Kedudukan seperti dalam gambar di bawah.

Kedai Satay Hakimi Kajang (macam baru sikit)

Kedai Satay Hakimi Kajang (nampak lama sedikit)


Cara ordernya senang sahaja, order di kaunter satay untuk satay. Sebut nombor meja semasa order. Yang makanan panas ada pekerja yang akan datang order makanan. Selesai makan buat bayaran di kaunter:
- kaunter masakan panas+air
-kaunter otak-otak (kalau ada makan otak-otak)
- kaunter satay

Selesai. Selamat mencuba 😁❤


Wednesday, January 22, 2020

Coffee House RHR Hotel, Uniten Bangi

Cuba bayangkan ada asam pedas yang sedap di RHR Hotel. Kebetulan kami belum makan tengah hari. Jadi sangat enak bila ada asam pedas ekor 🤭. Janggal pula sebutannya. Selalu sebut sup ekor. Hehe. Oxtail Asam Pedas. Setnya bersama-sama nasi,sambal belacan dan ulam pegaga. Memang sedappp 👍👍.

Masa menunggu agak lama. Mungkin kerana proses memasak dan sebagainya. Jadi boleh chit chat untuk tidak rasa menunggu lama.


 Asam pedas ekor

Chicken honey wing. Rasa seperti bbq. Sedap.


 Nasi putih+ulam+sambal belacan(lupa ambil gambar)


Banyak lagi menu belum dicuba. Jom ke RHR lagi...😁