Sunday, July 21, 2019

Nasi Mandy + Lamb Shank dan Nasi Mandy + Chicken by Chef Ammar, Bangi.




Lalu-lalang posting Nasi Mandy Lamb Shank oleh Chef Ammar sepanjang Ramadhan tahun ini. Bilangan pelanggan yang beratur sangat panjang. Ada yang beri perumpamaan 'seperti nak beli tiket bola'😅.

Bagai 'mengantuk disorongkan bantal', ada yang menawarkan diri di dalam group food delivery untuk ambil tempahan dan membelikan dari Chef Ammar. Jauh tu. Dari Bangi ke tempat saya. Rezeki.

Alhamdulillah merasa saya makan Nasi Mandy Lamb Shank, Nasi Mandy Chicken dan Telur Saffron.

Haaa..gambar telur saffron tu pun dah macam telur emas. Sememangnya warna saffron sangat cantik dan vibrant 🥰. Untuk pengetahuan, saffron antara 'spice' yang mahal di dunia.

Baik...rasa nasi mandy memang sedap,lembut dan secukup rasa. Lamb shank dan ayam juga lembutttttt dan sedap. Rasa arab arab begitu. Bagi peminat pedas boleh tambah cili sendiri kerana hidangan ini tidak pedas. Sesuai dimakan oleh kanak-kanak.

Portion besar dan harga berpatutan. Boleh kongsi-kongsi sebab memang banyak. Sedap dan boleh makan lagi di masa yang lain.

"Masak dengan iman,masak dari hati" 👍😀

No comments:

Post a Comment