Saturday, July 27, 2019

Kelapa Leleh, Kampar



Kelapa Leleh, Kampar.
Walaupun selalu lalu-lalang di sini tapi tak pernah singgah. Banyak urusan di sana-sini 😀.

Review sedikit menu yang terdapat di sini. Banyak dan cantik-cantik menunya. Rambang mata nak pilih. Saya ambil masa yang lama untuk pilih. Dan akhirnya...


Meatball cheese. Kentang dan meatball serta nachos yang disiram dengan lelehan keju. Sedap. Bagi penggemar keju seperti saya.


Mixgrill. Gabungan kambing,ayam,kentang dan sosej.


Spaghetti Bolognaise dan kambing bakar. Kuah bolognaise agak manis dan cair. Kambingnya okay. Lembut dan tidak liat.


Yeay! Yang ini aiskrim perisa mangga. Style seperti aiskrim kelapa di Thailand. Dihidang di dalam kelapa (jika di Thailand di dalam tempurung kelapa). Isinya ada aiskrim,roti dipotong kecil-kecil,hiasan-hiasan yang terdiri daripada biskut pelbagai jenis.

Konsep yang menarik dan dekorasi kedai yang cantik. Air kosong free flow ambil sendiri 😀. So far okay jika nak pergi makan lagi 👍👍.



No comments:

Post a Comment