Pulau Pinang merupakan negeri yang kami sering pergi. Saya dah lama tak update blog atas sebab kesihatan dan terlupa password domain π
. Mana-mana gambar yang saya jumpa saya abadikan di sini untuk kenangan dan rujukan saya juga pembaca.
Di atas merupakan menu yang saya pesan untuk makan tengah hari. Sudah pasti apabila ke Restoran Kapitan, nan cheese dan ayam tandoori menjadi pilihan.
Saya mencuba menu yang menarik. Namanya Milani. Begini, ada beberapa pilihan masakan milani ini. Boleh pilih ikut selera. Yang saya pilih Rice with chicken milani. Chicken milani boleh juga dimakan dengan roti nan π. Rasanya lemak-lemak dan sedikit berempah. Suami saya kata seperti ayam butter pun ada. Ya! Ada 'iras-iras' rasa π
. Yang di tepi itu ada sambal yang masam-masam dan ulam bawang.
Gerai di atas merupakan gerai tempat saya bersarapan. Terletak betul-betul di hadapan Maybank yang tidak jauh dari terminal feri. Sebenarnya nak keluarkan duit. Kebetulan belum sarapan, jadi singgah sarapan dulu.
Saya pesan roti bakar telur separuh masak, air teh tarik,mi goreng dan bihun goreng memang siap berbungkus kecil-kecil. Eh,boleh tahan sedap!π
Ais tingkap! Ya...yang viral itu. Saya beratur hampir 1 jam untuk dapatkan air ini. Puas hati alhamdulillah. Sambil memerhatikan cara Ais Tingkap dibancuh.
Mula-mula cawan disusun. Kemudian air dituang,ais kisar dimasukkan ke dalam setiap cawan. Biji-biji selasih diletakkan. Air gula di'spray' di setiap cawan. Sebiji demi sebiji kelapa dipecahkan dan airnya dituang. Isi kelapa dikorek dan dimasukkan ke dalam cawan. Tadaa!!! Air dihidangkan dan dibungkus untuk pelanggan. Nyaman di tekak.
Oh ya! Cendol pun ada di sini. Sementara beratur menunggu ais tingkap, saya menghirup cendol terlebih dahulu. Hehe. Nak cari mudah sahaja. Tidak jauh dari Pasar Chow Rasta yang menjual jeruk-jeruk.
Baik. Ini makan malam saya. Nasi Kandar Kampung Melayu! Selalunya memang say ke Air Itam untuk makan seawal 6.30 pagi sudah buka. Tapi yang ini cawangannya di sebuah Medan Selera. Tak ingat namanya. Cuma tak jauh juga dari Air Itam. Cawangan yang ini buka sehingga jam 10.30 malam.
Beratur agak panjang. Saya order air dahulu. Air centralize di sini. Selain Nasi Kandar Kampung Melayu, ada banyak gerai-gerai yang menyajikan makanan yang sedap seperti ikan bakar, nasi lemak dan lain-lain. InsyaAllah, cuba lain kali pulaπ₯°.
Pemandangan yang sempat diambil gambar. Hehe. Alhamdulillah. Puas hati.