Antara tempat favourite saya jika balik ke kampung. Tempat bernama Air Kuning ada beberapa tempat di Perak sebenarnya. Ada di Taiping dan di jalan ke Kampar ikut jalan dari Teluk Intan.
Menu-menu di sini ada nasi campur dan pasti sesuai dengan nama kedai pastinya ada menu ikan bakar dan ayam bakar.
Menu yang dipesan adalah nasi putih, sayur lemak, terung berlada, ikan cencaru bakar sumbat belakang (sumbat sambal kelapa),ayam bakar dan ikan keli bakar. Stail ikan bakar di sini stail ikan bakar home made. Disapu kunyit dan cicah air asam.
Sedap bila rasa kesegaran ikan. Ayam pula diperap dan dibakar. Ada rasa bahan perapan dan kelembutan ayam 👍❤.
Banyak lagi pilihan lauk-pauk di sini selain nasi ikan bakar dan ayam bakar. Ada kari ikan,rendang ayam, sayur campur, tauge kucai tumis dan banyak lagi 😋😋 semuanya sedap alhamdulillah. Boleh cuba jika mahu mencari tempat makan tengah hari yang sedap.
Harga? 4 ketul ayam bakar (saiz quater) @ 1/4 ekor , 1 ekor ikan cencaru besar, 1 ekor ikan keli, 4 nasi, sayur lemak, terung berlada, sambal belacan, air manis 3 jenis, air kosong 2 berjumlah 52.00. Murah dan berpatutan 🤗
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment