Thursday, October 31, 2019

Mataam Pakistani, Cova Square Damansara

Suami ada kursus di Cova Square Damansara. Betul-betul di hadapan Segi Universiti. Baru sekali pergi tapi dipuji-pujinya sangat sedap. Hari ini suami bawa saya pergi katanya untuk meraikan berita baik yang diterimanya hari ini. Alhamdulillah.

Nasi beriyani habis. Seperti kata suami saya, nasi beriyaninya sangat sedap. Patutlah habis awal. Ada lagi satu jenis iaitu dipanggll 'brown rice'. Saya bayangkan brown rice yang biasa kita makan. Rupanya macam nasi minyak. Tapi sangattttt sedappp 👍👍😘😘. Patutlah suami sanggup ajak ke Damansara untuk makan. Mujur pekerja restoran ni tunjuk 'brown rice' tu macam mana. Hehe.

Lauk pelbagai jenis. Saya pilih Chicken Qurma. Namanya begitu katanya.

Brown rice

Labu air. Bukan kentang. 

Raita

Capati

Nan cheese

Keseluruhannya memang sedap. Next time nak makan nasi beriyani pula 🥰

Monday, October 28, 2019

Restoran Nasi Kandar Noordin Kari Kepala Ikan, Bidor

Rasa lapar belum bersarapan. Kebanyakan kedai makan masih tutup hari ini. Mencari makanan sedap untuk 'brunch'. Ramai juga yang menyebut restoran ini antara yang sedap. Jalan yang selalu kami lalu-lalang. Waktu operasi 11.00 pagi-2.30 petang menu nasi kandar. Bermula jam 3.00 petang masakan goreng-goreng.

Kedudukan kedai di Jalan Besar Bidor. Tak jauh dari Petron Bidor.


Suami ambil ayam merah,tauge goreng,kari ikan,tepur rebus sambal dan sambal merah.


Saya ambil nasi lauk kari ikan,tauge goreng, sambal merah dan ayam merah.

Lauk-lauk dan sayur lain banyak lagi.  Ada tauhu telur,acar timun, ayam goreng berempah, ikan sambal dan lain-lain. Kari pekat dan secukup rasa. Memang sedap.👍😋😋 terubat rindu walaupun tak pergi Pulau Pinang.

Selamat mencuba ❤🤗

Sunday, October 27, 2019

Sayong Resort, Kuala Kangsar

Perancangan nak ke sini dah lama sebenarnya. Bermula bulan Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah rezeki dapat ke sini juga hari ini.

Kami menginap di sini untuk berehat. Terletak di tepi Sungai Perak. Sayong Resort asalnya pusat kraftangan. Ditukar menjadi sebuah resort. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah river cruise. Istimewanya dapat merasa naik 'balai' yang bergerak.

Jika nak buat dan nak beli labu sayong pun boleh. Memang ada dalam kawasan resort.


Makan?Jangan risau. Setiap masa ada menu-menu sedap yang ditawarkan di De Cafe. Harga berpatutan dan sedap.

Makan tengah hari kami. Lempeng pisang dan lempeng kelapa cicah sambal. Teh tarik kawww.... sedappp 👍❤.



Ini makan malam kami. Mi bandung, nasi putih, ikan dori masam manis, ayam butter, kangkung goreng belacan. Asalnya hidangan ini sangat cantik. Dihidangkan dalam piting bagi setiap satu lauk. Tapi suami dah lapar....dicampurnya siap-siap 🤭. Jadilahhh...gambar buat kenangan. Kami room service sahaja. 

Boleh pergi lagi nanti di sini. Tenang dan selesa. Makanan pun sedap ⚘🤗



Saturday, October 26, 2019

Ikan Bakar Air Kuning, Air Kuning Perak

Antara tempat favourite saya jika balik ke kampung. Tempat bernama Air Kuning ada beberapa tempat di Perak sebenarnya. Ada di Taiping dan di jalan ke Kampar ikut jalan dari Teluk Intan.

Menu-menu di sini ada nasi campur dan pasti sesuai dengan nama kedai pastinya ada menu ikan bakar dan ayam bakar.


Menu yang dipesan adalah nasi putih, sayur lemak, terung berlada, ikan cencaru bakar sumbat belakang (sumbat sambal kelapa),ayam bakar dan ikan keli bakar.  Stail ikan bakar di sini stail ikan bakar home made. Disapu kunyit dan cicah air asam.

Sedap bila rasa kesegaran ikan. Ayam pula diperap dan dibakar. Ada rasa bahan perapan dan kelembutan ayam 👍❤.




Banyak lagi pilihan lauk-pauk di sini selain nasi ikan bakar dan ayam bakar. Ada kari ikan,rendang ayam, sayur campur, tauge kucai tumis dan banyak lagi 😋😋 semuanya sedap alhamdulillah. Boleh cuba jika mahu mencari tempat makan tengah hari yang sedap. 

Harga? 4 ketul ayam bakar (saiz quater) @ 1/4 ekor , 1 ekor ikan cencaru besar, 1 ekor ikan keli, 4 nasi, sayur lemak, terung berlada, sambal belacan, air manis 3 jenis, air kosong 2 berjumlah 52.00. Murah dan berpatutan 🤗

Selamat mencuba!

Saturday, October 12, 2019

Restoran Persatuan Nelayan, Kuala Sungai Baru, Melaka

Round mencari ikan bakar. Selesai kerja suami di Masjid Tanah. Sampai kami di sini. Ramai orang. Ada yang selesai makan ada yang menunggu pesanan. Banyak makanan laut. Ada pelbagai jenis ikan, udang, sotong, pepahat, kerang dan lala.



Kami pesan ikan jenahak bakar, masak 3 rasa ikan kembung,kailan ikan masin, nasi lemak dan sotong celup tepung.




Nasi lemak. Sedap 👍😁

Ikan jenahak bakar. Cicah kicap. Tak rasa hanyir dan rasa sangat fresh.




Ikan 3 rasa. Unik juga rasanya. Not bad.

Sotong celup tepung. Rangup dan sedap.

Keseluruhan sedap dan boleh jadi destinasi pilhan selepas ini 👍👍😘😘

Saturday, October 5, 2019

Sushi King, Gerai Mama & Kedai Makan Ketapang, Selayang.

Duduk di rumah sahaja. Tak berjalan ke mana-mana. Order Foodpanda dan Grabfood sahaja mudah. Terbatas tenaga dan masa untuk bergerak.

Pagi saya makan nasi lemak dan tengah hari makan lontong dari Gerai Mama, Medan Selera area Selayang. Rasa boleh tahan. Sambal sedikit pedas.



Tengah hari hari ini saya order Kedai Makan Ketapang, Selayang. Nasi set ikan keli bakar dan nasi set gulai kawah. Sedap juga. Nasi panas, ada kentang sambal, sayur kacang dan ikan keli bakar air asam dan sambal belacan. Siap ada bagi kuah asam pedas. 



Malam tadi saya order Sushi King untuk tetamu. Lama tak makan sushi. Order bento 2 dan pelbagai jenis sushi. Puas hati makan ramai-ramai alhamdulillah.