Sunday, August 8, 2021

WOP Pizzeria, Sri Hartamas

Sudah bersawang blog ni. Sejak PKP memang jarang ke mana-mana. Makan tetap makan cuma tak upload. Since tak boleh dine-in, jadi kebanyakan order atau masak sahaja. Nak keluar pun agak risau dengan cases yang mencecah 20k 😔.

Saya fikir nak start share apa-apa makanan yang saya cuba. Risau pula gambar terdelete sebab buat banyak kali proses 'declutter' handphone 😊.

Tadi tengok channel Naura. Ada temuramah dengan satu restoran yang menjual pizza yang dibakar dengan kayu arang. Pemiliknya bernama En.Ikmal.Resepinya dari Itali. Kebetulan tak tahu dinner apa, jadi saya merajinkan diri tanya pakcik Google makna perkataan Itali translate ke dalam Bahasa Melayu.


Kotak yang sampai bersaiz kotak pizza regular. Dihantar oleh beepit.


Ini Quattro Formaggi. Maksudnya 4 Cheese (saya google translate maksudnya 🤣)



Ini Tiramisu. Resepi dari Itali. Mak aiii..sedapnya ❤ brother Beepit kata, "wanginya bau." Serius memang wangi. Bau tiramisu ala coffee harum menusuk hidung. Rasanya fuhhh...sodappp 👍👍


Total harga. Pada saya, sesuai dengan rasa, qualiti dan portion.

Boleh cuba untuk topping pizza yang lain. Pizza base pun sedap. Rupa macam roti nan, tapi rasanya rasa pizza. Eh, macam mana tu ye? Kenalah cuba rasa ya 😁 yang penting, sedap alhamdulillah.