TTT... hari ini decide untuk lunch+simple hi tea dengan kawan-kawan. Banyak menu yang kami order. Tapi seronoknya dapat pergi dengan kawan-kawan boleh kongsi-kongsi rasa. Tipnya, order berlainan menu dan 'round table'. Hehe.
Beef lasagna
- sedap dengan daging hancur di dalam sos tomato,salad sayur dan hirisan badam 👍 reccomended!
Sherperd Pie
-Dihidang bersama-sama nachos, dan salad 👍
Sandwich
Chicken Rolardes
-Ayam gulung, salas dan pasta. Kenyang kalau makan sahaja pun dah cukup.
Pumpkin soup dengan garlic bread 👍
Mashed potato
-Rasa creamy and buttery 😋 gravynya sedikit masin. Hehe.
Spaghetti Straganouff
- Begitu agaknya ejaaannya. Mula-mula makan rasa kari dan masam. Lama-lama makan terasa arma daun basil. Rencahnya kentang dan ayam. Sedap juga.
Teko+cawan. Cantik kan?❤😍
Teh dan kopi di sini ada pelbagai rasa dan aroma. Saya cuba Lemon Ginger Tea yang dipesan oleh kawan saya. Sedap. Jika musim sejuk sesuai untuk panaskan badan.
Rainbow Layer Cake
Medovic Honey Cake
* Yang ini special. Selalu cepat habis. Kek ini adalah sejenis Rusian Cake.
Pistachio Cake (nama penuh tak ingat)
Tempat ini cozy dan selesa. Ada ruangan-ruangan tersorok yang boleh menempatkan sekumpulan besar juga. Yang pasti,dekorasi kedai ini sememangnya cantik dan 'english style' 😍😎. Selamat mencuba 👍🤗