Saturday, February 29, 2020

Nasi 3 Budak Gemok

Namanya catchy kan? Saya pernah makan banyak kali. Ada banyak cawangan. Di wangsa maju, Gombak dan yang saya makan hari ini adalah Selayang. Saya makan ini saya order menggunakan perkhidmatan Foodpanda sahaja. Konsisten rasanya walaupun makan di tempat yang berbeza.


 Ayam masak kicap+sambal+ulam timun


Daging masak kicap+sambal+timun

Baik. Rasanya memang sedap. Pedas memang pedas. Tapi bila makan mesti rasa puas. Sedap dan pedas. Nasi putih panas-panas yang lembut. Ayam dipotong kecil-kecil dan daging dihiris nipis-nipis. Tak keras.

Cuma,bagi orang yang tak makan pedas cubalah sedikit dahulu. Bagi saya,ayam dan daging kicap itu pun dah ada rasa kepedasannya tersendiri. Kalau tahan boleh teruskan kalau tak tahan boleh stop. Hehe 🤭😁.

Saya makan selalunya ada sambal gesek yang ditambah. Tapi sejak musim gastrik ini, cukuplah dengan sambal yang ada 😅.

Sudah pastinya jadi kegemaran saya ❤.