'Signature Dish' Melaka sudah pastinya asam pedas. Saya memang suka asam pedas 🤗. Jadi saya akan makan asam pedas di mana-mana restoran yang jual asam pedas 🙂.
Ini merupakan restoran kegemaran saya dan suami. Restoran Asam Pedas Zaiton ini ada dua. Kedudukan dekat antara satu sama lain. Boleh pilih yang mana disukai. Saya akan pilih yang senang nak parking sudah pastinya.
Saya makan gulai lemak rebung dan perut,ikan jenahak asam pedas,daging tetel asam pedas,ayam goreng,tauhu dan telur masin.
Asam pedas tetel pekat dan tetelnya lembut. Ikan jenahak segar, masak lemak pun sedap. Lembut sahaja rebung dan perut@babat. Kuah pekat dan tak terlalu pedas.
Boleh cuba di sini jika mahu pilihan lauk pauk dan asam pedas yang sedap.