Saturday, December 14, 2019

Nasi beriyani Pak Ya, Slim River.

Lalu lalang di sini banyak kali. Alhamdulillah rezeki dapat merasa nasi beriyani. Ada macam-macam lauk seperti kari kambing,ayam masak merah,daging masak hitam dan macam ayam rendang(agaknyalah. Macam masak kuzi pun ada) .

Gerai no.6,Hentian sebelah Slim River 
(jalan lama)

Terubat rasanya hati yang tak dapat makan makanan kenduri. Hehe. Konsepnya sama seperti kenduri. Ambil sendiri,makan dan bayar.

Jika tak mahu makan nasi beriyani,makan nasi campur pun boleh. Banyak pilihan lauk seperti paru,ayam goreng,asam pedas ikan siakap,ayam rendang, telur masin dan lain-lain. 

Macam stail masakan Johor pun ada juga. Not bad. Boleh makan lagi. Saya 'tapau' nasi putih dan lauk pauk yang bukan untuk nasi beriani.

Sunday, December 8, 2019

Anjung Selera, Dato' Keramat,KL

Nak cuba sarapan sedap? Boleh makan di sini. Hujung minggu ramai orang. Kena sabar menunggu sedikit. Saya bungkus sahaja. Berbaloi menunggu 🙂. Di sini ada menjual nasi ambeng, lontong dan nasi lemak.

Senang juga nak cari tempat ini. Tak jauh dari UTC Keramat dan Petron. Jangan terkejut. Memang di dalam kawasan rumah orang. Rasa makan di rumah sendiri 🤗. Saya tapau dan makan di dalam kereta. Nak cepat sebab nak balik ke kampung.

Nasi ambeng.
(Tempe,sambal goreng,bergedil dan sambal kelapa)

Lontong
(Nasi impit yang dibalut daun,sambal bilis,sambal kelapa,kuah kacang dan telur. Lauk boleh dipelbagaikan ikut suka👍)

Satu lagi menu kuih lopes ori. Guna daun pandan asli. Air gula tak terlalu manis. Sesuai dengan citarasa saya.

Banyak lauk yang boleh dicuba. Ada ayam kicap,ayam pedas, daging, paru dan lain-lain. Saya cuba rendang daging. Sedappp... nipis dan lembut.

Ada juga yang order lontong darat. Lontong darat yang saya lihat ada nasi impit, rendang dan sambal. Lontong juga boleh diletakkan lauk seperti rendang daging. 

Mesti cuba!😁

Saturday, December 7, 2019

Restoran Minmax, PNB Darby Park, KL

Makan ramai-ramai hari ini ditaja oleh sebuah company 🤭😁. Menu hari ini sangat banyak dan pelbagai. Sedapppp semuanya. Teringat nak tangkap-tangkap gambar selepas dah habis makan 🤗.
Restoran ini menyajikan makanan cina yang berkonsepkan Hong Kong stail. Selalu yang kita tengok dalam zaman drama-drama Kantonis petang jam 6.00 petang waktu dulu-dulu 🤣.




Apabila makan ramai-ramai ni seronok boleh pesan macam-macam. Kalau pergi seorang berdua memang tak mampu nak habis. Selalunya hidangan seperti ini portion agak besar.

Kami semua 18 orang (10 dewasa dan 8 kanak-kanak). Makan besar lah kan!😋😋 Kami duduk di 2 meja bulat. Selesa sebab kami booking bilik lebih awal.

Menu-menu yang dipesan:
- Dimsum pelbagai jenis
- Chee cheong fun ayam&udang
- Radish cake
- Nasi goreng
- Ikan kerapu stim
- Ikan kerapu sambal
- Ayam lemon (siap ada badam tabur di atasnya)
- Fried Squid with Salted Egg
- Kaki ayam
- Bubur nasi
- Dessert ; pudding with red bean, pudding caramel,White fungus gingko soup (macam laicikang)ada sengkuang juga di dalamnya.
-Air free flow jasmine tea,chrisanteamum dan air kosong.

Sangat sedap dan boleh makan sini lagi.👍👍😍😍😍

Friday, December 6, 2019

My Dim Sum Cafe, Setapak Sentral

Chinese food antara makanan kesukaan saya dan suami. Semestinya mencari yang halal. Ini antara pilihan yang ada di Kuala Lumpur. Sudah beberapa kali ke sini termasuk berbuka puasa. Di bulan Ramadhan perlu booking awal. Selalu penuh.
 Chee cheong fun w/prawn

 Salted Egg Fried Rice

 Radish cake with bean sprout

 Kaki ayam yang direneh. 
Lembut yang amat. 


Dimsum. Ada banyak jenis. Tak tahu sebut. Letak kod dan nombor makanan dalam
 list order.

Honey dew. Tak ingat nama penuhnya.
Yang oren itu macam bebola kecil. 
Bila makan macam 'meletup' keluar air perasa oren dalam mulut. 

Para penggemar menu masakan cina boleh cuba di sini. Tak mengecewakan 🙂👍.

Wednesday, December 4, 2019

Salad Atilier,Batu Caves

Saya dah cuba beberapa kali dan pelbagai menu. Sedap dan setanding dengan nama-nama besar seperti Subway 🤗.



Roasted Chicken Wrapped
Ada ayam yang banyak,salad,jeruk. Okay...kewpie tu saya punya. Bukan sekali dengan makanan tu. Hehe.




Nordic Double Decker
Bahan di dalamnya ada salad,jeruk dan paling sedap salmon salai 😋 sedap bau salai dan salmon kenyal-kenyal.

Ada satu lagi menu yang saya makan iaitu Chicken Mayonnaise Wrapped. Harga 6 ringgit lebih sahaja. Besar dan mengenyangkan. Saya suka Salad Atilier ini.  Sedap dan mewah dengan rasa dan bahan-bahannya 🙂.


Saturday, November 30, 2019

Asam Pedas Zaiton, Melaka

'Signature Dish' Melaka sudah pastinya asam pedas. Saya memang suka asam pedas 🤗. Jadi saya akan makan asam pedas di  mana-mana restoran yang jual asam pedas 🙂.

Ini merupakan restoran kegemaran saya dan suami. Restoran Asam Pedas Zaiton ini ada dua. Kedudukan dekat antara satu sama lain. Boleh pilih yang mana disukai. Saya akan pilih yang senang nak parking sudah pastinya. 




Saya makan gulai lemak rebung dan perut,ikan jenahak asam pedas,daging tetel asam pedas,ayam goreng,tauhu dan telur masin. 

Asam pedas tetel pekat dan tetelnya lembut.  Ikan jenahak segar, masak lemak pun sedap. Lembut sahaja rebung dan perut@babat. Kuah pekat dan tak terlalu pedas.

Boleh cuba di sini jika mahu pilihan lauk pauk dan asam pedas yang sedap.


Hokkaido Cheese Tart

Aduhai! Dah lama teringin. Akhirnya di Melaka yang saya order. 
Ada 4 perisa bagi set yang saya order. Original,coklat,blueberry dan durian. Ada macam-macam jenis cheese tart lagi. Ada juga yang jenis baked cheese tart. Harga sekotak isinya 6 adalah dari RM28++. Harga bbertambah bagi perasa-perasa tertentu.



Yang kiri coklat,yang tengah original dan kanan blueberry.

Semua perasa sedap dan tak manis. Cheese pun tidak terlalu 'heavy'. Tak muak dan sedapppp. Pastinya menjadi pilihan saya.

Nasi Ayam Baba, Melaka

Baba nyonyakah? Bukan. Nasi Ayam Baba. Ada beberapa cawangan di Melaka. Dah mula perih perut asyik makan asam pedas. Jadi tukar selera. Pesan dengan menggunakan perkhidmatan Grabfood.
Dimsum 


Nasi ayam 

Rasanya boleh tahan. Dimsumnya sedap. Nasi ayam pun okay. Boleh order lagi. Hehe.

Perhentian Kueh Kampung, Ujong Pasir, Melaka

Sesuai dengan namanya. Kuih yang pelbagai dan makanan yang bermacam-macam. Ada ayam golek,nasi ayam,asam pedas,kuih-muih,laksa,nasi lemak,kueytiow goreng,mi goreng dan banyak lagi.

Pilihan saya adalah kuih-muih. Saya beli kuih bakar/kuih kemboja,kuih bakar berlaul,cara berlauk,talam keladi berlauk,kuih keria,pulut panggang,cucur bawang dan tauhu sumbat. Saya cuba juga nasi lemak dan kueytiow goreng yang dibungkus kecil-kecil. Serius!Semuanya sedap 👍🤗.


 Kueytiow
 Nasi lemak
Ada lagi pilihan kuih-muih di sini seperti berjenis-jenis karipap,berjenis-jenis talam dan banyakkkkk kuih.
Saya sangat rekemen kedai ini. Rasa kuih-muih di sini memang sedappp dan harga berpatutan. Silakan cuba😋

Friday, November 29, 2019

Warung Pak Enal, Bukit Katil, Melaka

Hajat di hati mahu makan di tempat lain. Cuma tempat itu tutup pula. Jadi cuba makan di sini berikutan sudah tengah hari. Perut dah berkeroncong 😁.

Singgah di sini. Banyak pilihan makanan dan tempat juga luas. Ramai orang. Cara di sini ialah ambil makanan, bayar dan makan. Minuman saya bayar siap-siap dan ambil selepas meletakkan makanan di atas meja.


Saya ambil asam pedas daging tetel dan masak lemak rebung. Suami saya ambil ayam masak merah, ikan goreng celup tepung dan kerabu taugeh dan kacang kelisa.

Campur air nescafe ais dan ais kosong semuanya RM14.30. Murah yang amat ni 😍


Saya tambah ikan pari bakar. Berharga RM10.00. Sedap...perah limau dan makan dengan bawang dan sambal kicap. Macam ikan bakar Portugis 😁👍. Sedap.

Banyak lagi menu. Sup daging, pelbagai jenis ayam,ikan,coconut shake,bakso,nasi ayam dan dan dan dan.... 🤗 rambang mata jadinya.

Silalah cuba ya.

Thursday, October 31, 2019

Mataam Pakistani, Cova Square Damansara

Suami ada kursus di Cova Square Damansara. Betul-betul di hadapan Segi Universiti. Baru sekali pergi tapi dipuji-pujinya sangat sedap. Hari ini suami bawa saya pergi katanya untuk meraikan berita baik yang diterimanya hari ini. Alhamdulillah.

Nasi beriyani habis. Seperti kata suami saya, nasi beriyaninya sangat sedap. Patutlah habis awal. Ada lagi satu jenis iaitu dipanggll 'brown rice'. Saya bayangkan brown rice yang biasa kita makan. Rupanya macam nasi minyak. Tapi sangattttt sedappp 👍👍😘😘. Patutlah suami sanggup ajak ke Damansara untuk makan. Mujur pekerja restoran ni tunjuk 'brown rice' tu macam mana. Hehe.

Lauk pelbagai jenis. Saya pilih Chicken Qurma. Namanya begitu katanya.

Brown rice

Labu air. Bukan kentang. 

Raita

Capati

Nan cheese

Keseluruhannya memang sedap. Next time nak makan nasi beriyani pula 🥰

Monday, October 28, 2019

Restoran Nasi Kandar Noordin Kari Kepala Ikan, Bidor

Rasa lapar belum bersarapan. Kebanyakan kedai makan masih tutup hari ini. Mencari makanan sedap untuk 'brunch'. Ramai juga yang menyebut restoran ini antara yang sedap. Jalan yang selalu kami lalu-lalang. Waktu operasi 11.00 pagi-2.30 petang menu nasi kandar. Bermula jam 3.00 petang masakan goreng-goreng.

Kedudukan kedai di Jalan Besar Bidor. Tak jauh dari Petron Bidor.


Suami ambil ayam merah,tauge goreng,kari ikan,tepur rebus sambal dan sambal merah.


Saya ambil nasi lauk kari ikan,tauge goreng, sambal merah dan ayam merah.

Lauk-lauk dan sayur lain banyak lagi.  Ada tauhu telur,acar timun, ayam goreng berempah, ikan sambal dan lain-lain. Kari pekat dan secukup rasa. Memang sedap.👍😋😋 terubat rindu walaupun tak pergi Pulau Pinang.

Selamat mencuba ❤🤗

Sunday, October 27, 2019

Sayong Resort, Kuala Kangsar

Perancangan nak ke sini dah lama sebenarnya. Bermula bulan Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah rezeki dapat ke sini juga hari ini.

Kami menginap di sini untuk berehat. Terletak di tepi Sungai Perak. Sayong Resort asalnya pusat kraftangan. Ditukar menjadi sebuah resort. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah river cruise. Istimewanya dapat merasa naik 'balai' yang bergerak.

Jika nak buat dan nak beli labu sayong pun boleh. Memang ada dalam kawasan resort.


Makan?Jangan risau. Setiap masa ada menu-menu sedap yang ditawarkan di De Cafe. Harga berpatutan dan sedap.

Makan tengah hari kami. Lempeng pisang dan lempeng kelapa cicah sambal. Teh tarik kawww.... sedappp 👍❤.



Ini makan malam kami. Mi bandung, nasi putih, ikan dori masam manis, ayam butter, kangkung goreng belacan. Asalnya hidangan ini sangat cantik. Dihidangkan dalam piting bagi setiap satu lauk. Tapi suami dah lapar....dicampurnya siap-siap 🤭. Jadilahhh...gambar buat kenangan. Kami room service sahaja. 

Boleh pergi lagi nanti di sini. Tenang dan selesa. Makanan pun sedap ⚘🤗