Seperti biasa, destinasi ini menjadi pilihan hati. Sejak kecil saya biasa makan kueytiow laksa,kueytiow kicap dan kueytiow sup.
Ini kedai yang menjadi kegemaran saya Dan suami serta ahli keluarga yang lainπ Saya sangat menyarankan untuk datang ke sini iaitu Mi Kari Lina yang terletak berhampiran Tol Bidor dan Jalan Paku.
Gambar-gambar di atas merupakan hidangan kegemaran saya. Kueytiow kicap serta 'bahan' berkuah kari.
Apakah yang dimaksudkan dengan 'bahan'?
'Bahan' adalah gelaran kepada fish cake,fish ball, fuchuk goreng,terung,peria,tauhu dan lain-lain makanan yang selalu kita biasa makan dalam yong tau fu.
Terdapat dua pilihan kuah iaitu sup dan kari. Jika ada yang teringin makan mi kari/sup atau kueytiow kari/sup, boleh diminta setelah bahan dipilih.
Cara makan di sini mudah sahaja. Sampai-sampai cari meja dan kerusi kosong untuk duduk. Pergi ambil bahan di kaunter utama. Kemudian beritahu pekerja di kaunter mahu makan jenis macam mana.
Sedapnya hidangan ini juga disulami dengan cili jeruk dan sos cili spesial yang diletakkan di atas setiap meja. Boleh cuba sambil makan sambil letak cili. Memang ummmppp!!ππ
Bagi penggemar nasi lemak,jangan hampa kerana di sini juga ada nasi lemak yang sedap. Setelah habis makan,kira dan bayar.
Sekian entry kali ini. Selamat menjamu selera!ππ