Tuesday, September 13, 2016

Station Cafe Tapah...makan-makan dengan famili.

Restoran ini sudah dibuka hampir 2 tahun. Inilah kesempatan yang baru ada untuk singgah makan di sini. Pelbagai menu yang ditawarkan. Naik rambang mata melihat buku menu. Ada masakan barat, goreng-goreng, kampung dan lain-lain lagi.


Apabila melangkah masuk ke dalam restoran ini, mata saya terpandang 3 jenis kek yang menarik. Dua kek coklat dan satu kek warna pelangi. Saya ambil kek coklat ini yang namanya Evil Cake (nama penuh tak ingat. Hehe). Harganya RM7.90 untuk satu slice yang memang besar.

Disebabkan kami datang berlima, jadi kami order menu yang berlainan. Sebenarnya banyak menu yang sedap menurut kakak saya. Antaranya Gulai Ayam bersama Daun Kemangi dan Udang Petai. Disebabkan kami pergi makan malam, jadi kami memilih makanan yang bukan berasaskan nasi putih. InsyaAllah untuk kunjungan yang akan datang saya akan memesan beberapa signature dish kafe ini.



Ini menu saya, spaghetti carbonara. Sosnya sedap, presentation yang menyelerakan. Rencahnya ada cendawan, loaf ayam yang dipotong dadu, cili benggala warna-warni yang menaikkan seri dan herba Itali. Portionnya juga agak banyak, cukup saya berkongsi dengan mak.


Mashed Potato yang sedap. Kecil dan mencukupi. Suami saya pesan ayam goreng untuk dimakan berama-sama mashed potato. Ala-ala KFC katanya.


Cheezy Potato


Sotong King. Besarrrrr..... pinggan pun besar. Sedap bagi saya yang memang gemarkan sotong.


Nasi Lemak Ringgo. 


Secara keseluruhannya makanan sedap dan memuaskan selera makan. Harganya bersesuaian dengan menu dan portion. Harga semuanya RM75.40 termasuk air minuman yang dipesan. InsyaAllah saya akan kunjungi lagi untuk mencuba menunya yang lain pula :)