Saturday, May 14, 2016

Tapah, Perak....Jom Makan!

Nampak ada orang yang sedang menghadap tempat yang bercahaya? Itulah tempat ayam yang digoreng panas-panas diletakkan. Jadi, pelanggan akan ambil sendiri bahagian-bahagian yang disukai. 

Semasa kecil selalu juga arwah abah belikan ayam goreng ini. Bagi saya, ayam goreng ini ada rasa tersendiri. Suami saya antara peminat setia ayam goreng. Pernah juga beberapa kali membandingkan kedai yang manakah lebih ramai orang. Sama ada di restoran ayam goreng fast food atau di kedai ini. Sudah pastilah lebih ramai orang beratur di kedai ayam goreng Pakcik Meor ini. Senang sahaja mahu mencari kedai ini. Terletak berhampiran Shell Tapah, Hospital Tapah dan SK (1) Tapah. Itu landmark yang paling senang nak kenal.

Update 18/12/19 : Shell telah dialihkan untuk pembinaan jalan raya. Boleh lihat landmark kedai makan bertentangan dengan SK (1)  Tapah. 


Nampak simple. Ada dua jenis nasi lemak. Boleh pilih yang mana-mana disukai. Dua-dua sedap. Ayam pula nampak seperti ayam goreng biasa. Tapi bila dimakan, rasanya sedap. Tepung yang digunakan untuk menghasilkan ayam goreng ini diadun sendiri oleh Pakcik Meor, Rasanya sangat sedap tambahan pula dihidangkan panas-panas.


Servis memang pantas. Tidak perlu menunggu lama. Duduk, pilih ayam,ambil nasi lemak, order air. Ngap!

Kekangannya satu sahaja di sini, parking yang terhad. Jadi, pandai-pandailah meninjau masa apabila mahu ke sini. Disebabkan kedudukannya di tepi jalan yang besar, perlu berhati-hati apabila parking dan berjalan.

Rating 1-5, saya bagi 5 untuk ayam goreng. Kena cuba bagi siapa yang belum mencuba.

Mat'am Arabi, Shish Bish, M3 Shopping Complex, Taman Melati

Update: Restoran ini sudah tidak beroperasi🙂

Misi jalan-jalan makan dikecilkan sekitar KL sahaja disebabkan kekangan masa. Berikutan Shopping Complex M3 yang baru dibuka di Taman Melati, Kuala Lumpur, kami memilih untuk mencuba makanan arab di sini. Pada hari yang sama, rakan-rakan suami yang makan tengah hari di sana telah memberikan review yang agak menarik menyebabkan rasa tak sabar untuk mencuba.


Tadaaa..!! Hidangan yang ditunggu-tunggu telah sampai. Masa yang diambil agak lama. Makanan sampai dulu. Sempatlah habis licin sepinggan barulah air jus mangga yang dipesan sampai. Walaubagaimanapun, berbaloi juga menunggu. Set nasi arab yang dihidangkan memang sedap.



Menariknya hidangan nasi ini dihiasi dengan rempah ratus di  sekeliling tepi pinggan. Hiasan bukan sebarang hiasan. Menurut chefnya, spices itu bertujuan menambah rasa makanan. Pujian saya berikan juga kepada sup dan sambalnya. Secukup rasa!

Rating yang saya boleh berikan kepada makanan yang dipesan skala 1-5 ialah 4. Hehe.