Wednesday, December 7, 2016

Makanan sedap di Jakarta...Great Indonesia Restaurant

Sejujurnya ada pelbagai restoran, kedai makan, rumah makan dan seumpamanya yang sedap di Jakarta. Saya memilih Great Indonesia yang terletak di dalam Lapangan Terbang Soekarno-Hatta sebagai antara tempat makan yang sedap.

Trip selama 4 hari 3 malam di Banten-Jakarta-Bandung sememangnya trip yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Kebetulan apabila ke tempat-tempat makan tidak sempat atau stok jus alpokat(baca avacado) telah habis. Mujurlah ketika berada di airport dapat minum jus alpokat, jika tidak mengidamlah jawabnya apabila dah sampai Malaysia. Terpaksa cari restoran-restoran Indonesia di sini pula Hehe.

 Group saya dan rakan-rakan pilih menu yang sama iaitu Bakso untuk jimatkan masa. Boarding time dan suntuk. Memang sedap sangat-sangat Bakso ini. Sahabat saya yang pada mulanya tak suka bakso pun boleh kata bakso ini sedap.


Jus Alpokat yang diidam-idamkan. Pekat, likat dan berlemak. Memang puas hati.

Saya mencadangkan untuk makan di restoran ini sekiranya berkunjung ke Indonesia. Yang Penting kena cop passport dulu baru jumpa restoran ini. Betul-betul di hadapan kaunter imigresen. Selamat mencuba! :)

Pizza simple dan sedap di Tanjung Malim

Pizza Jalanan memang sudah menjadi viral di media sosial. Saya pula mula perasan gerai berpayung ini apabila membacanya menerusi media sosial. Rasanya memang sedap dan mempunyai pelbagai pilihan. Saya kurang ingat pilihan topping yang ada kerana banyak dan pastinya memenuhi citarasa pelanggan yang pelbagai.


 Pelanggan boleh membuat tempahan lebih awal menerusi nombor di atas. Saya suka makan pizza panas-panas. Pelanggan perlu menunggu dalam 10-15 minit untuk mereka menyediakan pizza.

Proses menyediakan pizza. Saya order saiz kecil dan biasa. Topping saya akan pilih ayam atau hawaian chicken

Gambar pizza tiada kerana selalu singgah beli bawa balik sahaja. Kebetulan lalu di kawasan tersebut jam 8.00 malam ke atas. Selepas membeli menjamu selera dalam kereta atau sampai di rumah terus buka kotak dan makan bersama-sama keluarga. Saya 100% mencadangkan untuk sesiapa yang belum cuba untuk pergi mencuba pizza ini. Thumbs up!

Makan-makan di Tanjung Malim...Recco Coffee

Selalunya apabila dalam perjalanan pulang ke kampung, pastinya saya dan suami akan singgah di Tanjung Malim untuk berehat seketika. Kadangkala berhenti untuk dobi pakaian. Di sini saya kongsikan restoran yang kami singgah. Recco Coffee! Dekorasi menarik dan ala-ala hipster. Tempatnya cosy. Kami memilih tempat duduk di sofa. Selesa sambil bersembang sambil tangan menyuap makanan. Kali ini mak saya pun join sekali.


Chicken Chop With Black Pepper Sauce



Chicken Maryland




 Nasi Goreng Thai

Makanan yang kami oder semuanya sedap. Minuman pun memang sedap. Ada Sarawak Coffee (tak sure betul tak namanya. Hehe)
Pada mulanya agak confius juga apabila tengok semua pelanggan diberikan mangkuk dan sudu kecil untuk ambil aiskrim. Suami pun bertanya sama ada aiskrim perlu dibayar lain harga. Kata pekerja di situ, aiskrim adalah compliment untuk semua pelanggan. Wah! Seronok rasanya.

Di sini juga boleh adakan event sepeti sambutan hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan lain-lain. Semasa kami menjamu selera tiba-tiba lagu Happy Bitrhday berkumandang. Ada pelanggan yang membuat kejutan kepada rakan mereka yang menyambut hari lahir.

Secara keseluruhannya makanan sedap dan saya bercadang nak singgah sekali lagi. Hehe.






Tuesday, September 13, 2016

Station Cafe Tapah...makan-makan dengan famili.

Restoran ini sudah dibuka hampir 2 tahun. Inilah kesempatan yang baru ada untuk singgah makan di sini. Pelbagai menu yang ditawarkan. Naik rambang mata melihat buku menu. Ada masakan barat, goreng-goreng, kampung dan lain-lain lagi.


Apabila melangkah masuk ke dalam restoran ini, mata saya terpandang 3 jenis kek yang menarik. Dua kek coklat dan satu kek warna pelangi. Saya ambil kek coklat ini yang namanya Evil Cake (nama penuh tak ingat. Hehe). Harganya RM7.90 untuk satu slice yang memang besar.

Disebabkan kami datang berlima, jadi kami order menu yang berlainan. Sebenarnya banyak menu yang sedap menurut kakak saya. Antaranya Gulai Ayam bersama Daun Kemangi dan Udang Petai. Disebabkan kami pergi makan malam, jadi kami memilih makanan yang bukan berasaskan nasi putih. InsyaAllah untuk kunjungan yang akan datang saya akan memesan beberapa signature dish kafe ini.



Ini menu saya, spaghetti carbonara. Sosnya sedap, presentation yang menyelerakan. Rencahnya ada cendawan, loaf ayam yang dipotong dadu, cili benggala warna-warni yang menaikkan seri dan herba Itali. Portionnya juga agak banyak, cukup saya berkongsi dengan mak.


Mashed Potato yang sedap. Kecil dan mencukupi. Suami saya pesan ayam goreng untuk dimakan berama-sama mashed potato. Ala-ala KFC katanya.


Cheezy Potato


Sotong King. Besarrrrr..... pinggan pun besar. Sedap bagi saya yang memang gemarkan sotong.


Nasi Lemak Ringgo. 


Secara keseluruhannya makanan sedap dan memuaskan selera makan. Harganya bersesuaian dengan menu dan portion. Harga semuanya RM75.40 termasuk air minuman yang dipesan. InsyaAllah saya akan kunjungi lagi untuk mencuba menunya yang lain pula :)

Saturday, May 14, 2016

Tapah, Perak....Jom Makan!

Nampak ada orang yang sedang menghadap tempat yang bercahaya? Itulah tempat ayam yang digoreng panas-panas diletakkan. Jadi, pelanggan akan ambil sendiri bahagian-bahagian yang disukai. 

Semasa kecil selalu juga arwah abah belikan ayam goreng ini. Bagi saya, ayam goreng ini ada rasa tersendiri. Suami saya antara peminat setia ayam goreng. Pernah juga beberapa kali membandingkan kedai yang manakah lebih ramai orang. Sama ada di restoran ayam goreng fast food atau di kedai ini. Sudah pastilah lebih ramai orang beratur di kedai ayam goreng Pakcik Meor ini. Senang sahaja mahu mencari kedai ini. Terletak berhampiran Shell Tapah, Hospital Tapah dan SK (1) Tapah. Itu landmark yang paling senang nak kenal.

Update 18/12/19 : Shell telah dialihkan untuk pembinaan jalan raya. Boleh lihat landmark kedai makan bertentangan dengan SK (1)  Tapah. 


Nampak simple. Ada dua jenis nasi lemak. Boleh pilih yang mana-mana disukai. Dua-dua sedap. Ayam pula nampak seperti ayam goreng biasa. Tapi bila dimakan, rasanya sedap. Tepung yang digunakan untuk menghasilkan ayam goreng ini diadun sendiri oleh Pakcik Meor, Rasanya sangat sedap tambahan pula dihidangkan panas-panas.


Servis memang pantas. Tidak perlu menunggu lama. Duduk, pilih ayam,ambil nasi lemak, order air. Ngap!

Kekangannya satu sahaja di sini, parking yang terhad. Jadi, pandai-pandailah meninjau masa apabila mahu ke sini. Disebabkan kedudukannya di tepi jalan yang besar, perlu berhati-hati apabila parking dan berjalan.

Rating 1-5, saya bagi 5 untuk ayam goreng. Kena cuba bagi siapa yang belum mencuba.

Mat'am Arabi, Shish Bish, M3 Shopping Complex, Taman Melati

Update: Restoran ini sudah tidak beroperasi🙂

Misi jalan-jalan makan dikecilkan sekitar KL sahaja disebabkan kekangan masa. Berikutan Shopping Complex M3 yang baru dibuka di Taman Melati, Kuala Lumpur, kami memilih untuk mencuba makanan arab di sini. Pada hari yang sama, rakan-rakan suami yang makan tengah hari di sana telah memberikan review yang agak menarik menyebabkan rasa tak sabar untuk mencuba.


Tadaaa..!! Hidangan yang ditunggu-tunggu telah sampai. Masa yang diambil agak lama. Makanan sampai dulu. Sempatlah habis licin sepinggan barulah air jus mangga yang dipesan sampai. Walaubagaimanapun, berbaloi juga menunggu. Set nasi arab yang dihidangkan memang sedap.



Menariknya hidangan nasi ini dihiasi dengan rempah ratus di  sekeliling tepi pinggan. Hiasan bukan sebarang hiasan. Menurut chefnya, spices itu bertujuan menambah rasa makanan. Pujian saya berikan juga kepada sup dan sambalnya. Secukup rasa!

Rating yang saya boleh berikan kepada makanan yang dipesan skala 1-5 ialah 4. Hehe.