Monday, December 7, 2015

Kelantan....Syurga Makanan

Trip ini dirancang untuk memenuhi jemputan perkahwinan sepupu di Kubang Kerian. Dengan menaiki Firefly, saya sampai awal di Kelantan kernana perjalanan memakan masa yang singkat sahaja. Walaupun dijamu dengan biskut Oreo dan air soya dalam penerbangan, perut masih lagi berkeroncong merayu-rayu untuk diisi.

Saya telah menggunakan google untuk mencari tempat makan yang menarik. Walaupun saya belajar di Kelantan hampir dua tahun sebelum ini, namun bukanlah menjadi kebiasaaan saya untuk mengunjungi restoran atau tempat-tempat makan di negeri ini(selalunya makan di sekitar Universiti sahaja)

Saya tertarik dengan satu kedai yang bernama Kopitiam Kita. Kedai ini terletak di Jalan Pengkalan Chepa. Tidak jauh dari lapangan terbang. Bersesuaian dengan tahap kelaparan yang meruncing setibanya di Kelantan. Pergerakan saya sangat lancar dengan menggunakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri. 

Setibanya di Kopitiam Kita, saya lihat begitu ramai pelanggan sedang duduk menunggu pesanan. Bagusnya di sini, servis pantas dan cekap. Bagi pelanggan yang mahu menikmati makanan tradisi Kelantan, kopitiam ini merupakan pilihan yang tepat kerana kopitiam ini mengumpulkan menu-menu unik dan terkenal Kelantan seperti Nasi Tumpang, Nasi Kak Wok, Nasi Air Dingin, Nasi Ayam Komok, Nasi Berlauk, Nasi Serati, Nasi Ayam Pedas, Nasi Dagang, Nasi Kerabu dan lain-lain lagi (tak sempat nak tilik semua. Banyak!).



Sekitar kawasan kedai. Set up kopitiam besar menarik dan selesa.


Menu yang menjadi pilihan saya. Pelanggan boleh ambil sendiri di bakul-bakul yang disediakan.

Displaying IMG-20151205-WA0032.jpg


Nasi Serati. Lauknya rasa seperti kerutuk/kerutub. Sedap secukup rasa (saya peminat tegar itik). Dimakan dengan nasi putih, sduah cukup menaikkan selera.



Nasi Tumpang. Seperti nasi impit. Disertakan dengan gulai dan serunding ikan. Ada seketul udang. Saya suka yang ini. Memang boleh nampak setiap ramuan menumpang antara satu sama lain sehingga mencipta rasa istimewa.


Nasi Air Dingin. Ada lauk ikan. Tak sempat pula saya bertanya dari mana asalnya menu ini.  Rasanya boleh tahan.


 Nasi Ayam Komok. Sepupu saya beritahu, asalnya dari Thailand. Resepinya diambil dan dipopularkan di Malaysia. Rasanya seperti nasi ayam yang biasa kita makan.


Yeah! Ini sedapppppp....Roti Titab. Nama istimewa, seistimewa rasanya. Sedap sangat. Sehingga order tambah lagi satu sebab tak puas makan :).

Sempat satu kedai sahaja. Tengah hari menjamu selera di majlis kenduri kahwin. Makan malam pula di lapangan terbang kerana mencari-cari kedai yang disarankan oleh kawan tak jumpa-jumpa setelah berpusing berkali-kali. Sob....sob...sob...

InsyaAllah berjumpa lagi di Kelantan untuk destinasi makan-makan yang lain pada masa yang lain. Hehe. Bersambung.....