Thursday, November 26, 2015

Makan-makan di Bagan Lalang

Selama ini suami ingatkan Bagan Lalang adalah Morib. Rupa-rupanya kedua-duanya adalah tempat yang berbeza. Beberapa tempat makan yang dicuba semuanya tidak menghampakan. Yang paling saya suka di sini tengah hari pun boleh jumpa ikan bakar, sotong celup tepung yang sedap. Terasa kesegaran makanan laut yang sampai ke hari ini masih terkenang-kenang lagi.

Ada beberapa tempat yang saya cuba. Sampai jam 8.00 pagi singgah di satu medan selera berhampiran masjid. Tak ambil gambar kerana lapar dan tak sangka pula makanannya sedap. Satu konsep yang menarik di kedai makan ini ialah makan tak habis akan dikenakan penalti (denda bayar), tapi jika mahu tambah nasi tidak akan dikenakan bayaran.

Harga murah dan berpatutan. Makanan pun sedap. Seawal pagi sudah tersenyum dengan perut kenyang.

Tidak lama kemudian, tiba ke destinasi di Camar Laut Resort. Suami ada kerja di sana. Saya ke pantai dalam jarak 100 meter dengan menaiki kereta. Menghabiskan masa menikmati keindahan alam sementara menanti waktu check in pada jam 3.00 petang. 

Tiba waktu tengah hari perut sudah lapar, mulalah saya meneroka segenap pelosok pantai bagan Lalang mencari makanan. Di hadapan pantai terdapat medan selera. Saya makan dan bungkus di situ. Bolehlah untuk kenyangkan perut. 

Saya paling suka makan di sebuah kedai berhampiran pantai, berdekatan dengan restoran terapung (dibuka waktu petang dan malam sahaja) dan bersebelahan dengan PNK Chalet. Bagi saya, kedai ini sangat sedap di samping menu yang pelbagai. Ada menu masakan panas dan ada menu nasi campur. (Update terkini: Saya diberitahu restoran ini sudah tidak beroperasi 🙂)

Saya lihat ramai yang memesan ikan bakar, air asam dan lain-lain makanan laut. Kedai makan ini dibuka pagi sehingga malam ketika waktu cuti. Ini menu yang saya makan waktu tengah hari hari kedua saya di sini.



Asam pedas ikan dan kerabu. Banyak lagi menu yang ada. Saya tertawan selepas melihat seornag pelanggan berbangsa Cina membungkus hampir 10 potong ikan asam pedas ini. Rasa asam pedasnya seperti asam pedas Johor. Sedap!




Sotong celup tepung yang rangup di luar, lembut di dalam. Memang sedap!

Bagan Lalang adalah destinasi yang saya akan pergi lagi. Sahabat saya yang tinggal di Camar Laut Resort juga menyatakan berpuas hati dengan kualiti makanan di Camar Laut yang sedap dan segar. Saya pula tinggal di Hotel Seri Malaysia belum lagi dapat mencuba makanan di Camar Laut. InsyaAllah akan kembali lagi.

Skala 1-5
(1= Tidak memuaskan) (2= Kurang Memuaskan) (3= Boleh laa) (4= Baik) (5=Cemerlang)

Penginapan(Seri Malaysia) : 3
Makanan hotel (sarapan) : 4
Makanan room servis : Tak order
Makanan medan selera (tepi pantai) : 3
Makanan kedai (sebelah chalet PNK) : 5